awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: AGC tidak bercadang dakwa individu lain sehingga prosiding selesai

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/09/2025
05:37 MYT
Inkues Zara Qairina: AGC tidak bercadang dakwa individu lain sehingga prosiding selesai
Mohd Dusuki berkata setakat ini hanya lima pelajar perempuan telah didakwa berkaitan kes tersebut. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak bercadang mendakwa individu lain berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, sehingga prosiding inkues di Mahkamah Koroner selesai.

Ringkasan AI
  • AGC tidak bercadang mendakwa individu lain dalam kes kematian Zara Qairina sehingga prosiding inkues selesai.
  • Setakat ini, hanya lima pelajar perempuan didakwa atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap mangsa.
  • Inkues bermula 3 September dan berlangsung hingga 30 September di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu untuk tentukan punca kematian.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata setakat ini hanya lima pelajar perempuan telah didakwa berkaitan kes tersebut.
“Setakat ini kita tak bercadang untuk menuduh sesiapa lagi. Kita telah teliti dan hanya lima pelajar perempuan yang kita tuduh baru-baru ini.
"Buat masa ini, tiada cadangan untuk menuduh mana-mana pihak sehingga inkues selesai. Ia bergantung kepada keputusan inkues yang sedang berjalan,” katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari kedua
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Infrastruktur Awam Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara 2025, hari ini.
Menurut Mohd Dusuki, selepas prosiding inkues selesai, pihaknya akan meneliti semula kes berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil inkues.
Media sebelum ini melaporkan lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, bulan lalu. Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus dalam prosiding tertutup.
Inkues bagi menentukan punca kematian Zara Qairina bermula pada 3 September di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dan dijadualkan berlangsung sehingga 30 September, dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan selaku Koroner.
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#Jabatan Peguam Negara
#Mohd Dusuki Mokhtar
#dakwa individu lain
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan