BANGKOK: Pembukaan semula bandar raya Bangkok kepada pelancong lengkap vaksin COVID-19 yang sepatutnya bermula 1 Oktober, ditunda kepada 15 Oktober kerana belum mencapai sasaran kadar vaksinasi.
Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata setakat ini hanya kira-kira 37 peratus penduduk Bangkok lengkap dua dos vaksin COVID-19, sedangkan sasaran ditetapkan adalah 70 peratus.
"Sebanyak 33 peratus lagi penduduk bandar raya ini dijadualkan menerima dos kedua vaksin AstraZeneca selepas selang masa antara lapan dan 12 minggu," katanya.
Keputusan penangguhan itu dibuat selepas Phiphat dan Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang mengadakan perbincangan berhubung pembukaan semula Bangkok dan empat wilayah lain - Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai.
Memandangkan ramai pelancong memilih mengunjungi Bangkok sebelum ke wilayah lain, Phiphat berkata kementerian akan melancarkan program perintis membolehkan pelancong tinggal di bandar raya itu selama tujuh hari sebelum melakukan perjalanan ke lapan wilayah lain iaitu Pattaya, Chiang Mai, Hua Hin, Cha-am, Phuket, Koh Samui, Krabi dan Phang Nga.
Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan Siriraj Prof Dr Prasit Watanapa mencadangkan pembukaan semula Bangkok pada 1 November kerana kadar vaksinasi COVID-19 masih belum mencapai 'tahap selamat'.
"Kerajaan perlu menunggu sebulan lagi untuk memastikan negara ini sedia untuk dibuka semula kepada pelancong.
"Kita telah belajar daripada program Phuket Sandbox bahawa orang yang telah lengkap divaksinasi masih boleh dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Saya juga syorkan supaya mengekalkan peraturan kuarantin buat sementara waktu," katanya.
Tambah beliau tarikh 1 Oktober, adalah 'terlalu cepat' untuk Thailand membuka semula pintu kepada pelancong asing memandangkan hanya 38 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala hanya 18 peratus lengkap dua dos.
Sementara itu, Thailand merancang untuk menyuntik 4.35 juta pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun sebelum sekolah dibuka semula, kemungkinan pada November.
Setiausaha Tetap Pendidikan Supat Champathong berkata, inokulasi dijadualkan bermula bulan depan dan suntikan dos kedua diberikan tiga minggu kemudian.
"Kami berharap sekolah akan dibuka semula untuk semester kedua pada November tahun ini," katanya.
Sejak 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 13, 897 kes baharu COVID-19 dan 188 kematian. Jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah sebanyak 1,434, 237 dan korban seramai 14,953.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Pembukaan semula bandar raya Bangkok kepada pelancong lengkap vaksin COVID-19 yang sepatutnya bermula 1 Oktober, ditunda kepada 15 Oktober kerana belum mencapai sasaran kadar vaksinasi. - Gambar fail/REUTERS
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Pembukaan semula Bangkok ditunda ke 15 Oktober
Pembukaan semula bandar raya Bangkok kepada pelancong lengkap vaksin COVID-19 yang sepatutnya bermula 1 Oktober, ditunda kepada 15 Oktober kerana belum mencapai sasaran kadar vaksinasi.