Jumlah kerugian sektor pembinaan menurun kepada RM6.2 bilion selepas kerajaan membenarkan industri itu beroperasi semula secara berperingkat pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 15 April lalu.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, dengan kebenaran itu, industri itu berjaya mengurangkan kerugian kira-kira RM6.2 bilion daripada RM11 bilion yang direkodkan pada fasa pertama dan kedua PKP (18 Mac-14 April 2020).
"Apabila kita buka semula 13 sub-sektor di bawah industri pembinaan, maka nilai kerugian dapat dikurangkan daripada RM11 bilion kepada RM6.2 bilion.
"Ini bermakna kita berjaya mengurangkan kira-kira RM4.8 bilion," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Bahagian Pencegahan Perubatan dan Pemulihan (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dr Azlan Darus.
Namun demikian kata Ahmad Asri, sektor itu kini berdepan dengan masalah kekurangan pekerja apabila rata-rata pekerja asing yang pulang ke negara masing-masing sebelum pelaksanaan PKP kini tidak dapat kembali ekoran keputusan kerajaan untuk terus menutup sempadan antarabangsa berikutan ancaman COVID-19.
"Selepas isu rugi, sekarang kita hadapi masalah kekurangan pekerja. Kita tahu sektor pembinaan ini banyak bergantung kepada pekerja asing.
"Jadi kita sekarang ini mengalakkan pekerja tempatan untuk mengisi kekurangan ini dan CIDB sendiri mengambil inisitiatif menyediakan latihan kepada mereka," ujarnya.
Hari ini, kira-kira 700 pekerja asing daripada 59 syarikat kontraktor di Lembah Klang menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkelompok di Pusat Konvensyen CIDB, di sini.
Insiatif itu diambil CIDB dengan kerjasama PERKESO menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) sebagai mengalakkan lebih ramai kontraktor tampil menghantar pekerja asing mereka untuk menjalani ujian saringan virus itu.
Setakat ini seramai 33,613 pekerja warga asing membabitkan pelbagai sektor telah menjalani ujian saringan COVID-19. Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah daripada sektor pembinaan.
Pada 25 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan tapak pembinaan di ibu negara.
Umavathi Ramayah
Sun Jul 05 2020
Kira-kira 700 pekerja asing daripada 59 syarikat kontraktor di Lembah Klang menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkelompok di Pusat Konvensyen CIDB pada Ahad.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).
Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.
Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.
Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.