KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang difailkan oleh Y.Kohila, 48, selaku plaintif, terhadap BNM yang dinamakan sebagai defendan, pada 2018.
Pada Mei 2017, plaintif telah diberikan surat tunjuk sebab oleh BNM kerana menyokong sebuah parti politik dan mengambil bahagian dalam perhimpunan awam yang dianjurkan oleh parti itu pada 2016.
Mahkamah turut membenarkan permohonan wanita itu untuk memperoleh deklarasi bahawa pemecatannya adalah melanggar kontrak pekerjaan dan menetapkan 29 April depan bagi memutuskan taksiran ganti rugi serta kos.
Semasa membacakan penghakimannya, Ahmad berkata plaintif tidak diberikan hak untuk didengar yang merupakan pelanggaran keadilan semula jadi semasa inkuiri dalaman dan proses rayuan selepas itu.
Beliau berkata akibat tindakan yang tidak adil dan tidak munasabah itu, Kohila telah mengalami kerugian.
Hakim itu turut menjelaskan bahawa semasa inkuiri dalaman, permintaan plaintif untuk mengemukakan saksi dan diwakili peguam pilihannya telah ditolak manakala dokumen bagi mempersiapkan kes turut dinafikan.
"Keputusan itu telah meletakkan plaintif dalam keadaan tidak menguntungkan dan beliau tidak dapat membela diri.
"Beliau juga telah diberikan masa yang terhad untuk menyoal balas saksi bank," katanya sambil menambah Kohila juga tidak dibenarkan memberi keterangan dan menyatakan versi beliau.
Inkuiri pada Mei 2017 itu telah mendapati Kohila bersalah dan Jawatankuasa Tatatertib bank berkenaan kemudian memutuskan untuk memecatnya, yang menurut Ahmad adalah satu keputusan yang tidak adil.
Beliau juga berkata plaintif tidak dipanggil untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu untuk mengemukakan rayuan sedangkan pasukan inkuiri dan pegawai bank dari Jabatan Sumber Manusia berada di sana.
"Berlaku satu lagi pelanggaran dalam keadilan semula jadi apabila beliau tidak dapat mengemukakan hujahan untuk rayuan di hadapan jawatankuasa itu," katanya.
Pada Jun 2017, Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan plaintif atas tiga pertuduhan salah laku di bawah Kod Etika 2012.
Kohila, yang memfailkan saman itu pada 2018, adalah Pengurus Muzium, Galeri Seni dan Pusat Pengurusan Ilmu Pengetahuan BNM.
Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Gokul Radhakrishan, Sarah Ho serta KS Bawani mewakili Kohila manakala Steven Thiru dan Janice Teo hadir bagi pihak bank.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang. - Gambar fail/Astro AWANI

Misteri kubur besar dinosaur di 'Sungai Kematian' akhirnya terungkai
Ribuan fosil dinosaur Pachyrhinosaurus ditemui di kawasan ini, menimbulkan persoalan tentang bagaimana ia mati.
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Tourism| Reimagining ASEAN AS one destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.