awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi - Tuanku Muhriz

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
14/01/2016
10:48 MYT
Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi  - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah. - Foto Bernama
Pemegang tampuk kuasa perlu jujur dan ikhlas mempertahan, melindungi serta memastikan kebebasan institusi-institusi perundangan dan kehakiman serta institusi penguatkuasaan daripada sebarang campur tangan, tegas Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Baginda juga percaya Rukun Negara adalah penyelesaian holistik terhadap masalah yang dihadapi ketika ini dan menitahkan agar rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada prinsip tersebut.
”Sebagai pemimpin, sudah pasti kewajipan untuk menjiwai dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip ini perlu diperlihatkan dalam setiap tindakan serta perilaku untuk dicontohi oleh mereka yang dipimpin,” titah Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini, hari ini.
Baginda bertitah, penegasan ini pernah dititahkan oleh Almarhum nenda Banginda, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad semasa Istiadat Perasmian Persidangan Parlimen yang Pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka pada 12 September 1959.
”Baginda menitahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah pelindung, penjaga kepada Rule of Law (kedaulatan undang-undang) dan ianya melindungi integriti, tidak terikat dengan sebarang pengaruh serta melindungi kebebasan Mahkamah, para Hakim dan Pegawai Undang-Undang serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang bertanggungjawab ke atas sebarang pelantikan dan penguatkuasaan,” titah baginda lagi.
”Ia juga menjamin keselamatan dan integriti Perkhidmatan Awam untuk bersikap saksama dan tidak berpihak.”
Jelas Baginda, Almarhum juga pernah bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah milik setiap rakyat yang menjadi punca kepada kuasa pemerintahan yang ada.
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Perlembagaan Persekutuan
#Rukun Negara
#Tuanku Muhriz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan