awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang Hadiah Nobel ramal kebarangkalian 20% manusia pupus disebabkan AI

Amanz
Amanz
31/12/2024
06:00 MYT
Pemenang Hadiah Nobel ramal kebarangkalian 20% manusia pupus disebabkan AI
Hinton meramalkan kebarangkalian 10% hingga 20% manusia pupus dalam 30 tahun disebabkan oleh AI, kerana manusia tidak pernah berhadapan dengan entiti yang lebih bijak daripada mereka. -Amanz
GEOFFREY Hinton menerima gelaran “Bapa Kecerdasan Buatan” kerana kajian beliau membina rangkaian neural seakan otak manusia menggunakan komputer adalah asas kepada AI yang digunakan sekarang.

Ringkasan AI
  • Geoffrey Hinton, "Bapa Kecerdasan Buatan," memenangi Hadiah Nobel Fizik bersama John Hopfield pada Oktober lalu.
  • Hinton meramalkan kebarangkalian 10% hingga 20% manusia pupus dalam 30 tahun disebabkan oleh AI, kerana manusia tidak pernah berhadapan dengan entiti yang lebih bijak daripada mereka.
  • Beberapa syarikat AI sedang berlumba-lumba membangunkan kecerdasan am buatan (AGI) yang mampu berfikir lebih baik berbanding manusia.

Oktober lalu, beliau memenangi Hadiah Nobel Fizik bersama dengan John Hopfield. Dalam temu ramah dengan BBC Radio 4 baru-baru ini, Hinton meramalkan terdapat kebarangkalian di antara 10% dan 20% manusia pupus dalam masa 30 tahun disebabkan oleh AI.
Ini kerana menurut beliau, manusia tidak pernah berhadapan dengan entiti yang lebih bijak daripada mereka.
Tidak wujud banyak contoh entiti yang bijak dikawal oleh entiti kurang bijak. Satu-satunya contoh yang diberikan Hinton ialah bayi dan ibunya.
Ini kali kedua Hinton memberikan amaran yang sama. Tahun lalu, amaran diberikan selepas beliau meletakkan jawatan daripada Google kerana risau dengan pembangunan AI yang dikatakan tidak selamat.
Beberapa syarikat AI sekarang sedang berlumba-lumba menjadi yang pertama membangunkan kecerdasan am buatan (AGI).
AGI akan mempunyai kemampuan berfikir lebih baik berbanding manusia. Hanya beberapa minggu lalu DeepMind dan OpenAI mengumumkan kejayaan membangunkan model AI terkini yang boleh berfikir sendiri sebelum memberikan jawapan.
Filem The Terminator mungkin sebuah karya fiksyen, tetapi Bapa AI kini mengatakan ia boleh menjadi realiti dalam masa satu generasi sahaja lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Geoffrey Hinton
#Bapa Kecerdasan Buatan
#AI
#Hadiah Nobel Fizik
#Terminator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan