SEREMBAN: Dia bukannya sesiapa, apatah pula 'influencer' atau 'instafamous', namun pemergiannya pada Ahad sangat dirasai oleh seluruh warga Negeri Sembilan.
Malah berita kehilangan Allahyarham Faizee Azmee, 47, yang lebih dikenali sebagai Abang Mael 'on tak on' yang dilaporkan Sinar Harian turut menjadi berita nombor satu paling trending.
Dalam kejadian Ahad lalu, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, di Port Dickson.
Dia yang mengalami cedera parah di kepala dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.38 malam ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
BACA: Abang Mael 'on tak on' meninggal kemalangan
Difahamkan, kira-kira 300 orang yang datang pada majlis pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Isnin
Rakan baik Allahyarham, Mohd Suhaimie Ramli, 37, berkata, sikap baik Allahyarham yang suka membantu dan menceriakan orang lain membuatkan dia disenangi dan disayangi.
"Saya pun terkejut dan terharu tengok ramainya yang datang melihat jenazah arwah dikebumikan. Entah dari manalah mereka datang, ada yang saya tanya dari Melaka.
"Saya mengenali arwah dari tahun 2006 ketika kami sama-sama sertai kelab motosikal dan dia sangat ceria orangnya, suka buat jenaka," katanya.
Berkenaan panggilan Abang Mael 'on tak on' terhadap Allahyarham, kata Mohd Suhaimie, ia bermula dari pelekat motosikal dan kereta yang menggunakan ayat 'on tak on' yang dihasilkannya.
Jelasnya, pelekat itu kemudian ditampal pada topi keledar Allahyarham sebagai promosi dan sejak itu ayat berkenaan menjadi popular.
"Saya ada buka gerai jual pelekat di Dataran Senawang dan sebenarnya ayat 'on tak on' itu bermula daripada ayat perjanjian geng motosikal.
"Biasanya geng motosikal ini bila nak pergi 'ride' akan tanya jadi ke tak rancangan itu dan kalau ayat geng motosikal kita cakap 'on ke tak on',"katanya.
Malah katanya, ayat itu telah sebati dengan Allahyarham sejak tahun 2016 sehingga membuatkannya dikenali.
Disebabkan itu katanya, Allahyarham menerima tawaran untuk promosi produk tertentu.
"Arwah tidak pernah berkahwin dan tinggal dengan adik perempuannya di Senawang.
"Apa yang saya boleh kongsi, dia memang baik dan peramah orangnya," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 26 2022
Kira-kira 300 datang pada pengebumian jenazah Allahyarham. -Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Pemergian Abang Mael 'on tak on' dirasai
Allahyarham meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.