awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemeriksaan dawai elektrik rumah akan diwajibkan setiap 10 tahun

Bernama
Bernama
28/11/2017
00:00 MYT
Pemeriksaan dawai elektrik rumah akan diwajibkan setiap 10 tahun
Peraturan ini dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa. - Foto BERNAMA
Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.
Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk berkata peraturan ini akan berkuatkuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.
"Sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangya kesedaran tentang keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku," katanya semasa perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics di sini, pada Isnin.
Peraturan ini dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.
Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman.
Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa.
Sementara itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee berkata kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik.
Chew berkata lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yangt tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan 'charger' telefon amat membimbangkan dan kerana mudah berlaku 'kebocoran' elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.
Beliau mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.
"Jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.
"Untuk lebih selamat, lucutkan plug pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#10 tahun
#alat-alat elektrik
#keselamatan elektrikal
#pendawaian elektrik
#Peraturan Elektrik 1994
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan