KUALA LUMPUR : Bantuan kredit telekomunikasi menerusi subsidi program jaringan PRIHATIN untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah akan ditambah baik kepada RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan itu peruntukan di bawah program itu akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan dijangka dilancarkan awal bulan Mei ini.
"Jika Belanjawan 2021 sebelum ini telah mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sukacita diumumkan kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada RM300 untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu," katanya pada Pengumuman Khas Perdana Menteri PEMERKASA di sini, pada Rabu.
Justeru, Muhyiddin menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan.
Dalam pada itu, dalam proses pendigitalan, teknologi generasi kelima (5G) dijangka beroperasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
"Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar terutamanya di luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperuntukkan RM 3.2 bilion runtuk tahun 2021 di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis-premis berkaitan.
"Seterusnya, SKMM akan memperkenalkan program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti," jelasnya.
Program itu katanya, akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 17 2021
Muhyiddin menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Teknologi, AI bukan sekadar akses - PM Anwar
Kerajaan menyedari cabaran untuk memastikan ekonomi yang sedang berkembang ini kekal berdaya saing, saksama dan mampan.
[EKSKLUSIF] Menyingkap kepimpinan Tan Sri Rebecca, teraju APEC di tengah cabaran global
Ketika bersiap untuk peralihan kepimpinan APEC hujung tahun ini, Rebecca menyingkap perjalanan kepimpinannya menerusi temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia bakal dibangun ukur jurang digital
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyDID) akan dibangunkan untuk mengukur jurang digital dan membolehkan penyediaan dasar yang bersasar, termasuk pengagihan sumber dan pembangunan bakat.
Inisiatif kampung tanpa tunai giatkan industri pelancongan di Pahang
Langkah itu juga dapat memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga dan orang awam melalui platform yang tersedia.
Seramai 31,092 telah dapatkan kad sim internet RM5 sebulan - Fahmi
Inisiatif ini diharap mampu membantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah.
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
Negara Komanwel perlu bantu kurangkan jurang digital
Dalam usaha pulih daripada COVID-19, negara-negara Komanwel perlu mengambil tindakan secara kolektif untuk mengurangkan jurang digital di antara negara-negara maju dan membangun.
Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.
Ancaman kemiskinan digital di Malaysia
Rupa-rupanya jurang digital mula membarah sehingga membentuk kemiskinan digital pula.