PUTRAJAYA: Kerajaan akan meningkatkan peruntukan khusus untuk pelaksanaan vaksin COVID-19 di negara ini kepada RM5 bilion, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perutusan khas hari ini, beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal RM11 bilion.
Ia merupakan peningkatan peruntukan, yang sebelum ini ditetapkan sekitar RM3 bilion melalui Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada November lepas.
"Bagi fokus pertama, iaitu mengawal penularan COVID-19, Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung COVID-19 di samping memulakan Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan. Setakat ini, lebih 300 ribu rakyat telah pun menerima suntikan pertama vaksin.
"Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal
iaitu pada suku pertama tahun 2022," katanya lagi.
Bagi mencapai sasaran tersebut, Perdana Menteri berkata, 15 ribu petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
Mengambil kira pertambahan tugas tersebut, tambahnya lagi, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar RM200 sebulan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan.
Berdasarkan perincian yang diberikan, peruntukan itu akan dipecahkan kepada dua, RM3.5 bilion untuk vaksin, dan RM1.5 bilion untuk Program Imunisasi.
Dengan peruntukan baharu itu, yang akan bermula Disember 2021, ia akan meliputi sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk di negara ini, serta 40 peratus untuk stok penimbal.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Firdaus Azil
Wed Mar 17 2021
Mengambil kira pertambahan tugas tersebut, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar RM200 sebulan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan. - Gambar fail
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
SSM bantu usahawan daftar perniagaan secara percuma
SPPP diperluas kepada semua golongan usahawan B40 melalui kerjasama pelbagai pihak berkaitan di seluruh negara.
PEMERKASA: Mungkin tidak perlu lagi PKP selepas ini - PM Muhyiddin
PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan secara lebih bersasar bagi mengawal penularan wabak berkenaan.
PEMERKASA: Kerajaan tingkatkan peruntukan pelaksanaan vaksin kepada RM5 bilion - PM
Kerajaan akan meningkatkan peruntukan khusus untuk pelaksanaan vaksin COVID-19 di negara ini kepada RM5 bilion, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.