KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan GKP ini akan membantu kira-kira sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan pengurusan aliran tunai.
“Mereka akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya akan disalurkan pada Julai.
“Kerajaan juga masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro,” kata beliau.
Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin malam.
Dalam pada itu, beliau turut menambah peniaga juga boleh mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja.
BACA: PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0
“Sebanyak RM1.5 bilion disediakan sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah tiga peratus.
“Selain itu, institusi perbankan juga akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dan dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang masih berbaki RM5 bilion,” katanya.
Tambahnya, untuk menyokong PKS lagi, BNM turut akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion.
Terdahulu, sebanyak RM1,000 diberikan kepada PKS mikro yang layak secara ‘one-off’ di bawah GKP 3.0 dengan permohonan menepati kriteria serta telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021.
Ehsan A Marisah
Mon May 31 2021

Muhyiddin berkata, RM1,000 akan diterima pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya akan disalurkan pada Julai. - Foto Astro AWANI

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Aktifkan semula majlis khas, tangani isu jaminan makanan - Muhyiddin
Isu makanan yang didepani pada ketika ini merupakan isu global yang turut memberi tempias kepada Malaysia.

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

COVID-19: "Situasi semakin baik, saya tak nampak muka KJ bimbang" - Muhyiddin
Laporan yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan hospital awam tidak berdepan dengan tekanan yang serius.

Muhyiddin nafi fitnah Ahmad Zahid
Muhyiddin dakwa kenyataan beliau bahawa Ahmad Zahid telah memintanya untuk campur tangan dalam kes jenayah di mahkamah adalah benar dan bukan memfitnah.

'Ahmad Zahid minta saya campur tangan dalam kes jenayah beliau di mahkamah' - Muhyiddin
Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sambutan Aidilfitri kembali normal, hasil usaha dan komitmen kerajaan sejak awal - Muhyiddin
Ia merupakan hasil pendekatan kerajaan sejak awal lagi, dalam menangani penularan wabak COVID-19.

PRU15: Usaha bentuk kerjasama tunjuk perkembangan memberangsangkan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata pihak terbabit juga menyatakan kesediaan dalam mengadakan perbincangan, yang digambarkan akan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Teliti setiap aspek sebelum tamat MoU Kerajaan, PH - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, ia termasuk berkaitan isu perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melibatkan masa depan negara.

Bersatu akan dapatkan penjelasan PM berhubung MoU - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung kedudukan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan PH.

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak
Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.