KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM1 bilion lagi bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan malam ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi rawatan COVID-19 di hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.
Ia termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta melalui hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di Sabah dan Sarawak.
"Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk RM200 juta yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini.
"Kedua, memperuntukkan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak.
"Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri.
"Ketiga, melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak," kata Perdana Menteri, di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) sebanyak RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion ringgit.
Hasimi Muhamad
Mon May 31 2021

Muhyiddin berkata, tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan. - Foto Astro AWANI

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
Usaha banteras rasuah mula tunjuk kejayaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
Messi transformasi MLS
Kehadiran Messi ke kancah Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat telah mengubah landskap sukan itu di negara berkenaan, sekali gus menjadi perhatian dunia.

Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.
Ronaldo raikan perlawanan ke-1,200, hampiri rekod Peter Shilton
Bintang sensasi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo meraikan perlawanan profesional ke-1,200 dalam kariernya dengan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika membantu kemenangan 4-1 Al-Nassr ke atas Al-Riyadh.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.

Muhyiddin gagal dapatkan kembali pasport secara kekal
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal kerana mahu bercuti di UK.

Muhyiddin seru tinggalkan UMNO
"(Tinggalkan UMNO) Dapat pahala hijrah, macam (zaman) Rasulullah SAW, hijrah meninggalkan yang lama, UMNO sudah hancur dibuat oleh Zahid."

'Tanya kawan-kawan, ini gimik ke?' - Muhyiddin
Muhyiddin menafikan tindakannya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan akan datang sebagai gimik.

Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U apabila mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.

PAT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin enggan pertahan jawatan
Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden.

Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim buntu pulihkan ekonomi, dakwa Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa Ekonomi Madani gagal kemukakan satu komitmen jitu untuk bangunkan masyarakat Bumiputera.

UMNO tiada kuasa, sekadar ‘penumpang’ dalam Kerajaan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, dengan UMNO mempunyai sekadar 26 kerusi Parlimen, PH yang diterajui Anwar Ibrahim masih mampu memerintah Kerajaan.

Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu
Muhyiddin mohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya beliau melakukan sebarang salah atau silap sepanjang memimpin parti.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.