awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerkasaan AADK basmi penagih dadah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
06/11/2019
00:04 MYT
Pemerkasaan AADK basmi penagih dadah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis. - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-19 hari ini diteruskan dengan pelbagai soalan menarik antaranya perancangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, perkara itu dibangkitkan ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan oleh Su Keong Siong (PH-Kampar) yang ingin tahu sama ada KDN akan memperluaskan bidang kuasa AADK memandangkan agensi itu memainkan peranan penting dalam usaha membasmi penagih dadah.
Turut menarik, pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA-Ayer Hitam) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah kerajaan mengekang monopoli penggunaan kad pembayaran elektronik Touch n' Go memandangkan caj tambahan 10 peratus dikenakan di tempat parkir kereta manakala RM0.50 bagi setiap kali tambah nilai.
Selain itu, soalan daripada Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) dijangka mencuri tumpuan apabila beliau mahu Menteri Pertahanan menyatakan status terkini dua anggota tentera yang hilang semasa menjalankan operasi di Pulau Perak, Kedah pada Julai lepas.
Usai sesi tersebut, Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa yang memasuki hari kedua menyaksikan perbahasan bagi Kementerian Kewangan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidang kuasa AADK
#Dadah
#Dewan Rakyat
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#memperkasa AADK
#monopoli Touch n' Go
#rakyat
#Su Keong Siong
#undang-undang
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan