awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerolehan 150 CFRT pertingkat keupayaan tindak balas kecemasan - KP Bomba

Bernama
Bernama
12/09/2023
10:51 MYT
Pemerolehan 150 CFRT pertingkat keupayaan tindak balas kecemasan - KP Bomba
ABDUL WAHAB: Pelan pemerolehan itu dilanjutkan hingga 2024 bagi memastikan sokongan berterusan bagi usaha memadam kebakaran di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
LABUAN: Pemerolehan 150 unit Compact Fire Rescue Tenders (CFRT) yang canggih untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan peruntukan sebanyak RM145 juta akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata kenderaan keselamatan dan pemadam kebakaran khusus itu yang dilengkapi dengan aksesori dan set kelengkapan menyeluruh, dijadualkan dihantar secara berperingkat pada tempoh tahun kewangan semasa dan seterusnya.
"Pelan pemerolehan itu dilanjutkan hingga 2024 bagi memastikan sokongan berterusan bagi usaha memadam kebakaran di seluruh negara.
"Satu daripada ciri-ciri CFRT ini yang menonjol ialah kebolehsesuaiannya mengharungi jalan kampung yang mencabar, terutamanya di kawasan pedalaman yang selalunya sukar dilalui kenderaan bomba yang besar," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM di sini hari ini.
Beliau berkata penempatan segera kenderaan ini ke balai-balai bomba daerah termasuk yang terletak di lokasi terpencil, akan merapatkan jurang kritikal dalam infrastruktur tindak balas kecemasan selain dapat mengurangkan masa respons bagi sesuatu kejadian kebakaran.
"Keupayaannya sudah pasti akan menjadi ejen perubahan dalam melindungi komuniti dan mengurangkan risiko berkaitan kebakaran, khususnya di kawasan yang biasanya berdepan cabaran logistik dalam mengakses sumber kebakaran," katanya.
Abdul Wahab berkata kelulusan peruntukan yang besar untuk pembelian CFRT itu menandakan langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh keupayaan pasukan bomba dan penyelamat serta membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyatnya.
"Dengan adanya CFRT ini, negara lebih bersedia berbanding sebelum ini, untuk bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap kes kecemasan, sekali gus dapat menyelamatkan nyawa dan melindungi harta benda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CFRT
#Compact Fire Rescue Tenders
#JBPM
#tindak balas kecemasan
#Abdul Wahab Mat Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan