KUALA LUMPUR: Kelulusan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia kepada 25 syarikat untuk mengambil pekerja dari Bangladesh dibuat bagi mengelakkan amalan monopoli serta menjaga kebajikan dan mata pencarian pekerja berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri M. Saravanan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Saravanan juga menyangkal dakwaan membabitkan penglibatan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dalam pemilihan syarikat pengambilan itu, dengan menyatakan ia adalah salah dan tidak berasas sama sekali.
"Kenyataan susulan pertemuan saya dengan Tuan Yang Terutama dan menjelaskan hal ehwal semasa pekerja asing Bangladesh di negara kita diambil di luar konteks. Pertemuan saya dengan beliau adalah untuk menceritakan situasi semasa pekerja asing ini dan inisiatif diambil oleh kementerian saya untuk keadaan kerja yang lebih baik," katanya.
Saravanan berkata dalam usaha untuk mewujudkan kebolehcapaian lebih baik bagi pekerja berpotensi dan memastikan tadbir urus yang baik dalam proses pengambilan pekerja, kementeriannya memilih 25 syarikat daripada senarai 1,520 yang disediakan oleh Kementerian Tenaga Manusia Bangladesh.
Beliau berkata sebelum keputusan pemilihan itu, hanya 10 syarikat terlibat dalam pengambilan pekerja dari Bangladesh yang malangnya ia menyebabkan ramai pekerja tertarik dengan janji kerja yang baik sebelum dibiarkan terkandas oleh agensi dari kedua-dua negara.
Saravanan berkata kementeriannya juga akan terus mengakreditasi 250 syarikat lagi yang akan beroperasi dalam struktur 25 syarikat berkenaan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pengambilan terutamanya dalam memenuhi piawaian dan garis panduan ditetapkan.
Kementerian Sumber Manusia hanya berurusan dengan 25 syarikat ditetapkan itu yang akan dipantau rapi bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan kebajikan pekerja, katanya.
"Malaysia serius dalam menangani isu buruh paksa yang mencalar kedudukan antarabangsa kita. Kedua adalah menjadi tanggungjawab 25 (syarikat) sepenuhnya untuk memastikan 250 lagi memenuhi standard pengambilan yang ketat dan amalan terbaik antarabangsa yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia," katanya.
Sementara itu, Saravanan berkata kementeriannya tidak mengamalkan keutamaan berhubung negara sumber tertentu.
Beliau berkata kementerian hanya terlibat dalam memberi kelulusan kepada syarikat masing-masing untuk mengambil pekerja asing bagi memenuhi permintaan pengeluaran mereka, dan setakat ini, terdapat 14 negara sumber yang syarikat boleh mendapatkan pekerja mereka, bukan dari Bangladesh semata-mata.
"Apabila saya masuk (ke kementerian sebagai menteri), saya membuat keputusan bahawa tidak akan ada sebarang kelulusan langsung atau khas, amalan berleluasa sebelum ini yang menimbulkan terlalu banyak kesan terutamanya dari segi reputasi antarabangsa negara kita," katanya.
Dalam pada itu, Saravanan berkata pusat sehenti untuk kelulusan pekerja asing yang sebelum ini terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri telah dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia.
"Sehingga kini, jabatan itu telah meluluskan kira-kira 230,000 pekerja. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua di kementerian atas usaha gigih mereka dalam membantu pemain industri dan perniagaan mengatasi masalah kekurangan pekerja.
"Kini terpulang kepada syarikat berkaitan yang mendapat kelulusan untuk membayar levi dan membuat pengambilan serta mengemukakan laporan perubatan bagi mendapat visa dengan merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses selebihnya bagi memastikan kelangsungan hidup perusahaan kita," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan dua kumpulan hak asasi pekerja asing dilaporkan menggesa Saravanan untuk menjelaskan keputusannya membenarkan hanya 25 agensi Bangladesh mengambil pekerja untuk negara ini.
Charles mempersoalkan Saravanan tentang sebab bilangan agensi itu ditetapkan dan bagaimana mereka boleh membantu menyelesaikan masalah eksploitasi pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Saravanan menyangkal dakwaan membabitkan penglibatan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dalam pemilihan syarikat pengambilan pekerja terbabit. - Gambar fail
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
JTKM telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.
TVET: Buat pilihan bijak, semak penarafan institusi pendidikan sebelum daftar
Ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
KSM kini dikenali sebagai KESUMA, selaras dengan misi strategik kementerian
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (1 Mac), mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA.
Tempoh sebulan untuk Perkeso, Kesuma sediakan modul ‘upskilling’ baharu – PM Anwar
Perkeso dan Kesuma diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan upskilling yang baharu untuk pekerja.