awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR 2025: Nurul Izzah calon terbaik Timbalan Presiden - Kamil Munim

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2025
11:54 MYT
Pemilihan PKR 2025: Nurul Izzah calon terbaik Timbalan Presiden - Kamil Munim
Muhammad Kamil berkata Nurul Izzah selayaknya menyambung obor perjuangan bagi menjamin kelangsungan parti, selain mempunyai keupayaan menjambatani idealisme dengan tuntutan realiti politik semasa. - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim meletakkan keyakinan tinggi kepada Nurul Izzah Anwar sebagai calon terbaik untuk menggalas tugas Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang.
Dalam kenyataan hari ini, Muhammad Kamil berkata Nurul Izzah selayaknya menyambung obor perjuangan bagi menjamin kelangsungan parti, selain mempunyai keupayaan menjambatani idealisme dengan tuntutan realiti politik semasa.
"Justeru, dalam usaha kita mengolah amanah dan harapan rakyat saat ini, ketokohan dan karisma ternyata menjadi penyuntik kekuatan dan semangat baharu di kalangan pimpinan dan anggota.
"Sebagai memaknai hasrat tersebut, saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Nurul Izzah adalah calon terbaik untuk Timbalan Presiden PKR," katanya.
Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan menambah, sejarah tidak mampu menafikan betapa ketokohan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu teruji dengan asakan sistem yang didakwa zalim pada masa lalu.
Dengan nilai kepemimpinan yang tegas dan unik, beliau meletakkan harapan yang besar pada kepemimpinan Nurul Izzah dalam memungkinkan lakaran sejarah bangsa yang lebih terangkum dan berketrampilan.
"PKR sebagai wahana yang tegas dan terbukti setia pada idealisme telah teruji dan terdedah kepada pelbagai ujian dan mehnah perjuangan.
"Menginsafi hakikat itu adalah tugas utama mana-mana pimpinan dan anggota betapa tradisi demokrasi di dalam parti telah melalui pelbagai fasa yang mematangkannya," jelas beliau.
Hari ini, Nurul Izzah dalam kenyataan belum membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu, sebaliknya memberi jaminan akan membuat 'keputusan terbaik'.
Sementara itu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.
Manakala, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum mengumumkan secara rasmi tetapi beberapa ahli akar parti menyarankan agar beliau bertanding jawatan tersebut.
Proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat PKR akan diadakan pada 8 dan 9 Mei.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Pemilihan PKR 2025
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan