Ini kerana beliau dilihat sebagai antara pesaing kuat dalam meraih undi tertinggi daripada 21 cabang PKR di negeri itu
Memetik sumber Berita Harian, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) di negeri itu berkata, di Gombak, Amirudin mendahului dengan sekitar 2,250 undi daripada 3,100 anggota yang mengundi.
"Sekitar 1,500 diperoleh dari undi atas talian, sementara lebih 700 undi diperoleh dari undi secara fizikal," menurut sumber itu, lapor Berita Harian.
Pemilihan kali ini turut menyaksikan Amirudin berdepan saingan daripada bekas Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak di Gombak.
Laporan turut mengatakan pesaing Amiruddin hanya memperoleh sekitar 800 undi, sekali gus menyukarkannya untuk mendahului undi yang diperoleh Amiruddin.