KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal 2023-2026 diadakan hari ini melibatkan 189 daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.
Walaupun keputusan belum diumumkan sepenuhnya, namun terdapat beberapa bahagian yang mencuri tumpuan antaranya kemenangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandangnya itu, sejak 1962.
Mesra disapa Ku Li, veteran politik itu berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Ku Li mula menyandang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ketika berusia 25 tahun dan kemenangan yang diraih ini, sekali gus menobatkan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian paling lama berkhidmat di negara ini.
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 merupakan kali kedua Tengku Razaleigh dicabar sepanjang 64 tahun memimpin UMNO Bahagian Gua Musang.
Di Negeri Sembilan, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang disandangnya sejak 2003 selepas menang tanpa bertanding untuk jawatan itu.
Di Kedah, turut menang tanpa bertanding ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.
Di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Machang bagi penggal 2023-2026 selepas menang tanpa bertanding.
Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Tan Sri Mohd Fatmi Mohd Salleh, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad yang dipilih Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan Datuk Zaluzi Sulaiman (Pengkalan Chepa).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Ku Li mula menyandang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ketika berusia 25 tahun dan kemenangan yang diraih ini, sekali gus menobatkan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian paling lama berkhidmat di negara ini. -Foto BERNAMA

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.

Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.

Parlimen Gua Musang: Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, pegawai pengurus
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen terhadap SPR dan seorang pegawai SPR yang difailkan oleh wakil calon BN Gua Musang bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan
Sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan, Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.

Pengundi fail petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Wakil kepada Tengku Razaleigh memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan itu.

Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan.

PRU15: Ku Li tewas selepas 12 penggal pertahan Gua Musang
Ku Li adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, iaitu selama 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri.

PRU15: Calon veteran masih relevan di kawasan tertentu
Calon berusia yang bertanding pada PRU15 tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik.

PRU15: Tidak ada jaminan masuk syurga jika pangkah Pas - Ku Li
Tengku Razaleigh berkata, beliau bersimpati dengan pengundi yang masih lagi terpengaruh dengan hukum tiket ke syurga jika memangkah Pas.