awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Pemilik akaun TikTok dikait ahli kerabat Kelantan, PKDK buat laporan polis

Bernama
Bernama
09/11/2024
14:45 MYT
Pemilik akaun TikTok dikait ahli kerabat Kelantan, PKDK buat laporan polis
Tunku Mohammed Nazarin (tiga dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu IPD Kota Bharu pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan (PKDK) hari ini membuat laporan polis berhubung seorang pemilik akaun TikTok yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Ahli Jawatankuasa PKDK Tunku Mohammed Nazarin Tunku Yusoff mengesahkan penama itu bukan kerabat Diraja Kelantan dan tiada kaitan dengan pihak Istana Kelantan.
Beliau berkata hantaran itu termasuk mengaitkan pemilik akaun berkenaan sebagai anak saudara Tengku Anis dan sepupu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V oleh seorang lagi pemilik akaun TikTok.
"Saya telah membuat carian atas nama pemilik akaun TikTok terbabit dan mendapati ada satu hantaran bertarikh 27 Ogos 2024 berkaitan kehadiran pemilik akaun itu hadir ke majlis sambutan hari lahir Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.
"Laporan polis dilakukan memandangkan pemilik akaun berkenaan tidak pernah menafikan atau memperbetulkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dikomen oleh pengguna," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli kerabat Kelantan
#pemilik akaun TikTok
#PKDK
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.