KUANTAN: Pihak Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong yang ditutup kawasan parkir oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) boleh mengemukakan rayuan kepada kerajaan Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan Pahang tidak pernah menghalang warganegara Malaysia terutama rakyat Pahang untuk berbuat demikian.
“Rayuan, mohon tanah semua boleh, kita tidak halang warganegara terutama rakyat negeri Pahang untuk membuat rayuan, mohon tanah.
“Kemudian terpulang kepada pihak berkuasa negeri untuk mempertimbangkan sama ada meluluskan atau tidak,” katanya ketika diminta mengulas penutupan laluan masuk ke restoran berkenaan oleh UPNP.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Petronas di Hotel Grand Darul Makmur malam tadi.
Pada Selasa, media melaporkan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant sudah diberi notis peringatan tetapi didakwa masih ingkar, sekali gus mendorong Unit UPNP menutup sepenuhnya laluan masuk parkir yang dibina atas tanah kerajaan.
Susulan tindakan itu, pemilik restoran, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil meminta kerajaan Pahang untuk mempertimbangkan rayuan dan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan.
Shariffa Sabrina berkata, pihaknya juga sedia untuk berbincang sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, sekali gus menyelesaikan isu yang timbul dengan cara baik.
Menjawab dakwaan wujud sentimen antara kerajaan Pahang dan pihak Tanah Aina, Wan Rosdy menafikan perkara tersebut dan menegaskan tindakan dilakukan susulan penguatkuasaan telah dijalankan di kawasan itu.
Beliau berkata, tindakan yang diambil bukan perkara baharu dan secara tetiba-tiba, sebaliknya ia berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
“Kita sudah beritahu lama dah bukan kata hari ini kita nak ambil tindakan, hari ini terus kita pergi buat tindakan.
"Untuk penguatkuasaan (ia) ada peraturan-peraturan tertentu seperti mengeluarkan amaran, notis, dan sebagainya.
"Oleh sebab mereka ingkar, tidak mematuhi notis dan amaran daripada kerajaan negeri jadi penguat kuasa terpaksa mengambil tindakan," katanya yang menolak dakwaan mengatakan kerajaan Pahang mengambil tindakan sewenang-wenangnya dan tanpa pengetahuan.
Mengulas restoran berkenaan yang turut membantu mempromosikan pelancongan di daerah Bentong, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang menggalakkannya, namun ia perlu dilakukan dengan proses yang betul.
Wan Rosdy menambah, bukannya mempromosikan dengan melalui jalan yang sepatutnya tidak boleh dilalui.
"Kita galakkan tapi kena buat cara betul. Kerajaan Pahang juga sudah berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan mereka mengesahkan bahawa jalan itu tidak sepatutnya dibuka untuk laluan sebab ini lebuh raya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
WAN ROSDY: Rayuan, mohon tanah semua boleh, kita tidak halang warganegara terutama rakyat negeri Pahang untuk membuat rayuan, mohon tanah, kemudian terpulang kepada pihak berkuasa negeri untuk mempertimbangkannya. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilik kafe Tanah Aina boleh kemuka rayuan - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang tidak pernah menghalang warganegara Malaysia terutama rakyat Pahang untuk mengemukakan rayuan, kata Menteri Besar.
Kemelut Tanah Aina: ‘Saya dilayan seperti musuh kerajaan negeri’ - Shariffa Sabrina
Shariffa Sabrina mendakwa, ia sebahagian balasan ke atas kenyataan beliau dahulu, yang mengkritik projek pembalakan di kawasan itu.
Kibar bendera atau tidak, bantuan tetap diberi - Shariffa Sabrina
Tanda pagar bendera putih berkibaran di alam maya dan di dunia realiti, kibarannya membawa makna adanya kepayahan dan keperitan yang tersembunyi.