Seorang pemilik kedai makan cedera ditembak dalam kejadian samun di kedai makan di Batu 1 Jalan Jerantut-Benta di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Zakaria Kassim berkata dalam kejadian 12 tengah malam itu pemilik kedai makan berusia dalam lingkungan 50-an itu ditembak di lengan kiri oleh lelaki berusia 30-an.
Beliau berkata ketika kejadian pemilik kedai itu bersama isterinya sedang berkemas untuk menutup kedai mereka setelah selesai berniaga manakala seorang pembantunya berada di bahagian belakang kedai.
"Semasa mangsa duduk di kerusi di luar kedai, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dan memakai topi kaledar penuh muka berhenti lalu mendekatinya dan meminta wang.
"Mangsa enggan memberikan wang dan suspek bertindak menyelak tudung yang dipakai isterinya untuk meragut barang kemas namun gagal kerana isteri mangsa tidak memakai rantai," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.
Beliau berkata berang dengan pasangan suami isteri itu, suspek bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai lengan kiri mangsa serta menembusinya hingga ke bahagian rusuk kiri sebelum melarikan diri ke arah bandar Jerantut.
"Kami percaya kejadian ini bermotifkan rompakan dan dipercayai dilakukan oleh orang tempatan," katanya.
Zakaria berkata pemilik kedai itu kini dirawat di Hospital Temerloh.
Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan atau menghubungi hotline di 05-2611299 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di 09-2662222 atau balai polis berhampiran.
Bernama
Wed May 29 2013
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Pemilik kedai makan cedera ditembak dalam samun
Seorang pemilik kedai makan cedera ditembak dalam kejadian samun di kedai makan di Batu 1 Jalan Jerantut-Benta