KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan lesen perniagaan kelab itu dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di ibu kota, seumur hidup.
Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili kedua-dua pemilik kelab itu, ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes dalam kamar berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Jun untuk pengurusan kes seterusnya.
Peguam itu berkata anak guamnya telah menarik balik defendan ketiga, keempat dan kelima daripada permohonan semakan kehakiman itu kerana keputusan (membatalkan lesen) dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Mohamad Rizal dan Shankar memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 24 Nov 2022 dengan menamakan DBKL, Mahadi, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden pertama hingga kelima.
Pemilik berkenaan memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur itu untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang selain memohon deklarasi keputusan oleh Jalaluddin dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.
Selain itu, mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat itu atas alasan pemohon mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah di Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemohon menerusi afidavit sokongan mereka berkata, pada 17 Ogos tahun lepas, Jalaluddin membuat kenyataan bahawa Jawatankuasa Perlesenan DBKL bermesyuarat dan memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut berkuat kuasa 30 Julai tahun sama selain pemilik-pemilik kelab komedi itu disenaraihitamkan untuk mendaftar lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selamanya.
Mereka mendakwa keputusan itu telah memberi kesan teruk kepada mereka sebagai usahawan.
Mohamad Rizal dan Shankar juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada DBKL berhubung perkara itu.
Mohamad Rizal, 40, juga berdepan tiga pertuduhan kerana didakwa membuat dan memulakan penyebaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Rizal van Geyzel, Instagram 'rizalvangeyzel' dan TikTok 'rizalvangeyzel', antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Mohamad Rizal (gambar) juga berdepan tiga pertuduhan kerana didakwa membuat dan memulakan penyebaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
Pemilik kelab komedi, Crackhouse dapat kebenaran cabar tindakan DBKL batal lesen
Mohamad Rizal, 40, juga berdepan tiga pertuduhan kerana didakwa membuat dan memulakan penyebaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.