awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik premis diseru tubuh organisasi keselamatan kebakaran

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
06/06/2024
04:34 MYT
Pemilik premis diseru tubuh organisasi keselamatan kebakaran
OKK ini akan berusaha untuk melawan kebakaran atau mengosongkan sesebuah premis sekiranya kebakaran berlaku. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilik premis diseru untuk untuk menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK).
Menurut pegawai kanan bomba dua (PgKB ii) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rosdiyana Sudarto, penubuhan OKK di premis ditetapkan merupakan salah satu keperluan yang disyaratkan bagi mendapatkan perakuan bomba atau 'fire certificate' (FC).
Katanya lagi, penubuhan OKK juga adalah selaras dengan salah satu teras yang digariskan dalam Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2021-2030 iaitu mewujudkan persekitaran yang selamat.
"OKK ini merupakan 'first responder' sekiranya kebakaran tercetus di sesebuah premis.
"Jadi apabila sebelum sahaja pihak bomba sampai, OKK ini akan berusaha untuk melawan kebakaran atau mengosongkan sesebuah premis sekiranya kebakaran berlaku.
" Penubuhan organisasi keselamatan kebakaran ini pula hendaklah terdiri daripada seorang Pengurus Keselamatan Kebakaran (FSM) dan sekurang-kurangnya tiga orang Pegawai Keselamatan Kebakaran (FSP) yang dilantik oleh pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan," ujarnya.
Beliau menyampaikan saranan itu dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Penubuhan OKK di premis ditetapkan merupakan salah satu penambahan seksyen baharu iaitu Seksyen 27a di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
Sekiranya premis ditetapkan tersebut gagal untuk menubuhkan OKK, pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah peruntukan seksyen dan akta yang sama.
Topic Berkaitan
#OKK
#JBPM
#kebakaran
#Organisasi Keselamatan Kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan