Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah memberi amaran kepada pemilik restoran di negeri ini terutamanya yang bukan Islam agar tidak menggantung ayat Al-Quran sekiranya tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, ini berikutan ia mampu mendatangkan kekeliruan khususnya kepada umat Islam.
"Isu ini dipandang oleh KPDNHEP dan agensi berkaitan, tahun lepas kita terima 22 aduan laporan pengguna mengenai halal, daripada 22 ada enam kes berkaitan halal.
"Kita nasihatkan kepada pengurus restoran agar mereka elakkan daripada membuat sebarang representasi yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna seolah-olah kedai itu menjual makanan atau minuman halal," katanya kepada pemberita semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi di Kelang, pada Rabu.
Operasi berkenaan turut disertai seramai 38 pegawai dari pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Dalam operasi sama, sebanyak tiga restoran dikenakan tindakan atas kesalahan kebersihan, halangan dan tidak memenuhi syarat SSM.
Dalam pada itu, sebanyak tiga restoran di sekitar Banting telah diarahkan tutup serta merta kerana masalah kebersihan dan penandaan harga dalam operasi yang dilakukan di Banting pada Selasa.
Terdahulu, isu penggantungan ayat Al-Quran di restoran yang tidak mempunyai sijil halal tular di laman media sosial setelah sebuah restoran di Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam diarah menurunkan ayat Al-Quran yang digantung atas alasan tidak mempunyai sijil halal.
Mengulas lanjut, Azman berkata premis restoran tidak memerlukan sijil halal untuk beroperasi namun sekiranya mahu menggunakan sesuatu berkaitan dengan halal mereka perlukan sijil tersebut.
"Kalau tiada sijil halal mereka tak layak gunakan apa-apa yang berkaitan dengan halal.
Pengguna yang ada masalah isu halal boleh hubungi agensi tertentu seperti JAIS bagi mendapatkan maklumat atau membuat sebarang aduan," jelas beliau.
Afiezy Azaman
Wed Jan 09 2019
Dalam operasi sama, sebanyak tiga restoran dikenakan tindakan atas kesalahan kebersihan, halangan dan tidak memenuhi syarat SSM. - Foto Astro AWANI
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah
Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun itu telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan secara percuma.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Replika jubah Nabi Adam antara tarikan Festival Seni Al-Quran
Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang akan bermula dari 23 Feb
Abbas bawa Al-Quran pada pertemuan pertama dengan Alana
YouTuber kelahiran Scotland, Alana Dee Dunsmore dan pelakon Abbas Mahmood sempat berkongsi detik indah pertemuan mereka.