KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000 untuk menutup kes kematian seorang pekerja warga Bangladesh akibat COVID-19, tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, C. Mahenthiran, 51, didakwa menerima suapan berjumlah RM200,000 daripada pemilik kilang air batu sebagai dorongan bagi membantu lelaki itu daripada dikenakan tindakan dan menutup kes kematian pekerja warga asing akibat COVID-19.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah premis di Taman Sri Ehsan dan di hadapan sebuah bank di Kepong di sini pada 29 Julai dan 3 Ogos 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahenthiran turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu memperdayakan mangsa sama sehingga mendorongnya menyerahkan wang itu supaya tidak dikenakan tindakan daripada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada tempat, tarikh dan masa sama dan pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SPRM Selangor Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dan memohon kes yang dihadapi tertuduh hari ini dipindahkan ke Mahkaman Sesyen Shah Alam kerana ia melibatkan siasatan dan saksi-saksi yang sama.
Peguam Datin M. A. Navamani yang mewakili Mahenthiran tidak membantah permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes ke Shah Alam dan memohon mahkamah mengguna pakai wang jaminan sama iaitu RM40,000 seperti yang dikenakan di Mahkamah Sesyen itu.
"Sepanjang siasatan dijalankan, anak guam saya memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa dan kes yang dipertuduhkan hari ini berkaitan dengan kes sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan pasportnya juga telah diserahkan kepada mahkamah," kata peguam itu.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh mengguna pakai jaminan sama iaitu RM40,000 dan memerintahkan kes yang dihadapi tertuduh di mahkamah ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam selain menetapkan 25 Mac untuk sebutan semula kes itu di mahkamah berkenaan.
Pada 25 Feb lepas, Mahenthiran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 16 pertuduhan menerima wang suapan berjumlah RM630,000 untuk menutup kes kematian seorang pekerja warga Bangladesh akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM200,000 daripada pemilik kilang air batu. - Gambar hiasan
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
KWAP hantar RM1.8 bilion ke luar negara tanpa usaha wajar - Saksi
Shahrol Azral berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan Najib Razak.
Mahkamah tetapkan 17 Mei dengar rayuan batal saman LFL
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Peguam Negara mengesahkan tarikh pendengaran berkenaan.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi
Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi.
Dua wanita umur 54, 59 tahun didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000
Dua penganggur, Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.