awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita

Bernama
Bernama
27/11/2024
12:59 MYT
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Kedua-dua lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Ferrari sama, dengan mengetahui bahawa kenderaan itu adalah harta curi. - Gambar hiasan/amanz.my
KUALA LUMPUR: Anak penyanyi sebuah kumpulan terkenal era 90-an dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah kereta mewah milik seorang ahli perniagaan wanita, dua minggu lepas.
Norqyyum Zainori, 29, dan anak penyanyi itu Mohd Aliff Naim Mohd Azmir, 38, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, mencuri sebuah kereta Ferrari bernilai RM300,000 milik seorang wanita berusia 53 tahun di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang pada 11.08 pagi, 17 Nov.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Ferrari sama, dengan mengetahui bahawa kenderaan itu adalah harta curi pada tempat, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Feb depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala Mohd Aliff Naim dan Norqyyum masing-masing diwakili peguam Mohd Firdaus dan peguam Wan Nur Afifah Che Bakar.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari yang dilaporkan hilang pada 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#curi ferrari
#anak penyanyi
#pendakwaan
#pusat cuci kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan