SEREMBAN: Seorang pemilik syarikat pelancongan dan umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki berkaitan pakej umrah, tahun lepas.
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan RM115,030 dan beliau tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdaya oleh tertuduh.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat miliknya di Nilai dari 23 hingga 30 Jan 2023.
Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan melapor diri ke balai polis berdekatan setiap bulan manakala pasport diserahkan pada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Kalaivaanan manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Musthafa.
Muzzamil Soliheen turut minta dibicarakan atas pertuduhan memperdaya seorang wanita berusia 31 tahun untuk menyerahkan wang RM51,330 bagi tujuan sama di syarikat berbeza dari 13 Jan hingga 23 Feb 2023.
Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang serupa.
Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan bagi kes kedua dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi.
Kedua-dua kes akan disebut semula bagi serahan dokumen masing-masing pada 11 dan 12 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Muzzamil Soliheen turut minta dibicarakan atas pertuduhan memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang RM51,330 bagi tujuan sama di syarikat berbeza dari 13 Jan hingga 23 Feb 2023. - Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.
Tourism Malaysia harap kemudahsampaian, kapasiti penerbangan Malaysia-Indonesia ditingkatkan
Tourism Malaysia berharap kemudahsampaian dan kapasiti tempat duduk penerbangan yang menghubungkan Malaysia dan Jakarta dapat ditingkatkan, sekaligus merancakkan sektor pelancongan.
Rasuah kuota tiket penerbangan umrah, enam individu direman
Enam individu termasuk pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan yang dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah membabitkan RM10.8 juta ditahan reman.
23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.
Impian cuti ke Krabi lebur, ditipu syarikat pelancongan
Keterujaan 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000.
Jemaah haji terkandas: Polis tahan 2 lelaki, 3 wanita
Setakat ini sebanyak 18 laporan polis telah diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Wangsa Maju.
Rebung madu jadi 'talian hayat' pemilik syarikat pelancongan pengembaraan
Syarikat miliknya, Recreation Outdoor Hikers, terpaksa menghentikan operasi buat sementara sejak tahun lepas ekoran pandemik COVID-19.
TH lantik 22 syarikat sebagai pengelola jemaah haji musim 2021
Pelantikan itu adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh lembaga berkenaan.
Syarikat pelancongan perlu mohon kebenaran sertai gelembung perjalanan di Sabah
Syarikat-syarikat pelancongan di Sabah yang mahu melaksanakan aktiviti 'travel bubble' perlu memohon kebenaran terlebih dahulu.