awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilu 2024: Undi awal di WTCKL sedikit kecoh

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/02/2024
06:38 MYT
Pemilu 2024: Undi awal di WTCKL sedikit kecoh
Kekecohan di WTCKL berjaya ditenangkan dengan bantuan agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024, keadaan di Pusat Pengundian Awal di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) dilihat kecoh.
Beberapa pengundi Indonesia yang ditemui mendakwa keadaan tersebut antaranya berpunca kerana hanya satu laluan dibuka untuk memasuki pusat pengundian tersebut.
Tinjauan Astro AWANI juga mendapati situasi tersebut kemungkinan berlaku ekoran terdapat pemilih yang tidak membuat pendaftaran identiti secara dalam talian, menyebabkan kelancaran proses pengundian terganggu.
Selain itu, sekumpulan pemilih juga cuba menyelit memasuki celahan penghadang yang disediakan.
Menurut seorang pengundi, Dede Firman, 27, dia yang pertama kali mengundi Malaysia mendakwa agak terkejut dengan proses pengundian di WTCKL.
“Memang apa yang berlaku di sini agak luar biasa, kerana kita tumpu hanya pada satu pusat mengundi. Jika di Indonesia lokasi mengundinya lebih banyak dan tidak tertumpu,” katanya yang berasal dari Sumatera pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi pengundi, Agus Priytno, 44, berkata dia terpaksa menunggu hampir dua jam untuk menjalankan proses pengundian.
“Sebelum ini kita mengundi di Kedutaan Indonesia dan kebanyakan kami sudah mengetahui ke mana harus pergi, di mana tempat mendaftar dan di mana kita mahu mengundi.
“Tetapi di sini, kebanyakan pengundi tidak biasa dengan lokasinya dan disebabkan itu ia menjadi kelam kabut berbanding jika diadakan di bangunan kedutaan,” tambahnya.
Mengulas kekecohan yang berlaku di WTCKL, Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata laluan masuk pusat pengundian ditetapkan oleh Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara tersebut sedang ditambah baik dengan kerjasama daripada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Irmohizam juga memberi jaminan bahawa kapasiti WTCKL mampu untuk menampung jumlah rakyat Indonesia yang layak mengundi iaitu lebih 220,000 di pusat pengundian tersebut.
“Pada hemat saya kita pernah menerima penerima vaksin hampir 1.3 juta semasa proses vaksinasi COVID-19.
“Kami memang jangkakan dengan jumlah-jumlah ini dan sudah tentu ia satu perkara yang telah kami lalui, cuma hari ini dalam keadaan berbeza (proses pengundian).
“Tetapi fokus kami adalah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga Indonesia pada hari ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” ujarnya.
Proses undi awal bagi Pemilu dan Pilpres 2024 berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan WTCKL menjadi salah satu lokasi daripada enam pusat pengundian yang dibuka di Malaysia.
Selain WTCKL, lima lagi lokasi ialah Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Indonesia
#PEMILU 2024
#Pilpres 2024
#warga Indonesia
#undi awal
#WTCKL
#kecoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan