Ketua masyarakat dan ketua kaum sebagai pemimpin peringkat akar umbi di negeri ini digesa memain peranan memastikan anak-anak buah mereka diarifkan dengan pelbagai dasar serta program kerajaan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini bagi menggapai impian Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
Menurut beliau, pemimpin-pemimpin akar umbi adalah pemangkin pembangunan ekonomi Sarawak, terutamanya di kawasan terpencil dan pedalaman.
"Pastikan anak-anak buah tuan-puan diarifkan dengan polisi serta program kerajaan yang begitu banyak dalam menyokong usaha agar setiap rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak menikmati gelombang transformasi menjurus ke negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee pada majlis penangguhan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Sarawak 2018 (Bahagian Sibu, Mukah dan Kapit) di sini pada Rabu.
Uggah berkata, di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg banyak pencapaian telah dilakukan seperti pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (Petros), DBOS (Bank Pembangunan Sarawak), aplikasi Sarawak Government dan SarawakPay, pelancaran TEGAS Digital Innovation Hub, Sarikei Innovation Centre dan Sarawak Multimedia Authority.
"Semua ini, termasuk pelan untuk pembinaan sistem grid air, sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Skim Elektrifikasi Pedalaman Alternatif Sarawak (SARES) dan sebagainya, memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negeri Sarawak menjadi negeri yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030," katanya.
Sehubungan itu katanya, rakyat perlu meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi dan memberi mandat yang teguh dan kental kepada kepimpinan Abang Johari dalam mentransformasi pembangunan Sarawak ke tahap yang boleh dibanggakan rakyat masa kini dan serta generasi akan datang. -- Bernama
Bernama
Wed Apr 25 2018
DOUGLAS: Pemimpin-pemimpin akar umbi adalah pemangkin pembangunan ekonomi Sarawak, terutamanya di kawasan terpencil dan pedalaman. - BERNAMA/Fail
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.
Karnival Kita MADANI perlu dianjurkan di peringkat akar umbi - Shamsul Anuar
Penganjuran karnival itu perlu diteruskan supaya gagasan Malaysia MADANI dapat difahami secara mendalam oleh setiap lapisan rakyat.
Anjur pertandingan di peringkat akar umbi untuk lahirkan bakat baharu - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa persatuan sukan menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu terutama dalam acara bola sepak.
'Jangan kecewakan akar umbi yang setia' - Hishammuddin
Ahli akar umbi banyak mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti sekaligus memperjuangankan penerimaan rakyat terhadap BN.
Tiada jalan mudah untuk MUDA - Adam Adli
Adam menjelaskan, PH perlu menyelesaikan beberapa perkara dahulu sebelum mempertimbang untuk menerima Muda, terutama sentimen akar umbi.
Kemenangan di Melaka isyarat terbaik adakan PRU - UMNO Taman Mawar
PRU juga boleh menghentikan perebutan jawatan dan tindakan saling mencabar sesama ahli politik.
Persidangan UMNO cawangan medan tepat akar umbi bincang perkukuh parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengajak ahli untuk membulatkan tekad agar UMNO sentiasa dipelihara.
Tunggu keadaan 'panas' reda dahulu - Azlan
Pendekatan tersebut diambilnya bagi mengelak keadaan di dalam parti menjadi lebih teruk dan dia sedia untuk bekerjasama dengan semua.