IPOH: Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kedua-dua mereka ialah bekas Naib Presiden parti, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Beberapa pemimpin akar umbi PKR yang ditemui berkata, kedua-dua tokoh muda itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk membantu Pakatan Harapan menghadapi PRU15.
"Dua tokoh ini ada kelebihan, ada kebolehan, bersih dan wibawa. Kita perlukan tokoh-tokoh ini untuk kembali aktif dalam Keadilan dan inilah masa untuk menggembleng, kekuatan untuk kita nak lawan kerajaan 'pintu belakang' ni. Maka kita kembalikan ke arah usaha nak kembalikan kerajaan mandat rakyat, itu amat penting," kata Ketua Cabang PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Sementara itu, Ketua Ranting PKR Seksyen 8, Shah Alam, Monaliza Mohtar berpendapat bahawa kemenangan Pakatan Harapan sebelum ini sebenarnya adalah kerana ketajaman (strategi) Rafizi dan juga Nurul Izzah.
"Nurul Izzah memang terkenal sebagai Puteri Reformasi yang dididik baik oleh Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) sebagai Ibu Reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Bapa Reformasi yang ingin membuat reform (perubahan) dalam negara kita.
"Rafizi juga anak didik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan prinsip dan berkaliber sebagai pemimpin yang ada pengikut, serta boleh menerima corak perjuangan yang begitu ikhlas," ujarnya.
Pada Ahad, Anwar berkata, PKR cuba memujuk dua pemimpin mudanya itu untuk kembali aktif ke pentas politik menjelang PRU15.
Malah, Anwar sendiri mengakui pemimpin berusia 44 dan 41 tahun itu masing-masing sebagai orang muda memiliki idealisme, baik dan berketokohan.
Pada 15 November 2019, Rafizi mengumumkan berehat daripada politik selepas bebas daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Sementara itu, Izzah yang juga anak sulung Anwar meletakkan jawatan dalam parti pada 17 Disember 2018.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 15 2021
Pada Ahad, Anwar berkata, PKR cuba memujuk dua pemimpin mudanya, Nurul Izzah dan Rafizi untuk kembali aktif ke pentas politik menjelang PRU15. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.