awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar

Bernama
Bernama
23/12/2023
11:00 MYT
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati UMNO untuk kerap turun padang bertemu dengan ahli akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan berkenaan beberapa isu yang membelenggu parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP. -BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati UMNO untuk kerap turun padang bertemu dengan ahli akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan berkenaan beberapa isu yang membelenggu parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP.
Beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu perlu dilakukan jika UMNO mahu memulihkan parti itu yang kini dilihat sokongan yang diterimanya semakin merosot.
"Dia bukan benci UMNO tetapi di kalangan penyokong UMNO, dia kata UMNO ni telah keluar landasan kerana kerjasama dengan DAP.
Sentimen menentang DAP memang kukuh dan kuat di kalangan saya kira orang-orang Melayu. UMNO ni masalah dia kerana baik dengan DAP dan isu ni dia kena jelaskan kerana DAP itu mewakili majoriti etnik Cina," katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkenaan adakah PH masih memerlukan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 memandangkan sokongan terhadap parti itu dilihat semakin merosot.
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.
"Dengan umur saya sekarang ni, saya tidak senang dengan apa-apa kegiatan pengkhianatan. Saya yakin dengan kepimpinannya, mereka UMNO memberikan sokongan yang kuat dan hubungan kerja juga sangat baik.
Kalau UMNO turun ke bawah sepertimana mereka lakukan sekarang, saya yakin dia dapat dipulihkan dan sekarang ada petanda-petanda begitu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#turun padang
#akar umbi
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan