KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaan beliau dengan resolusi Sidang Kemuncak Negara-negara Arab-Islam pada 11 November lepas yang gagal mencadangkan langkah konkrit atau strategik untuk mendesak Israel dan sekutu Baratnya menghentikan kekejaman terhadap Palestin.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, dalam tempoh sebulan yang lalu juga, dunia menyaksikan rakyat Palestin, khususnya doktor dan jururawat, enggan meninggalkan hospital dan berlindung di tempat yang selamat, tetapi lebih rela membantu merawat yang tercedera, biarpun nyawa mereka sendiri dalam bahaya.
Tegasnya, dunia turut menyaksikan pemimpin Islam dan Arab yang dilucutkan maruah kerana Israel, AS dan sekutu Barat yang terus 'mengejek' negara berkenaan.
“Di sebalik kekayaan yang boleh digunakan untuk mendesak negara Barat mengenakan sekatan terhadap Israel ekoran kekejamannya terhadap Palestin, pemimpin Arab dan Muslim hanya sekadar merayu kepada Israel untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai. Mereka langsung tidak menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar tentera pengaman.
“Saya sedar sebahagian daripada pemimpin ini sudah berasa mual dan mahu persidangan Arab dan Islam mengambil tindakan yang lebih drastik dan konkrit terhadap Israel. Malangnya yang lain lebih cenderung mengambil jalan selamat, supaya tiada konsensus tercapai selain rayuan diplomatik yang tidak bermakna,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap secara dalam talian di sesi Webinar: A Critical Discussion on the International Community’s Approach to Gaza’s Genocide, anjuran Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi (AOHR).
Beliau berkata, dunia yang simpati dengan Palestin, tidak perlu memperbodohkan diri sendiri, kerana segala kenyataan keras, desakan dan kecaman terhadap Israel dan sekutu Baratnya, terutama sekali Amerika Syarikat, tidak akan diendahkan mereka sama sekali.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pada usia 98 tahun, beliau telah menyaksikan fasa perubahan dunia, termasuk kekejaman dan kemusnahan akibat tindakan penjajah, kesombongan mereka, serta sikap hipokrit negara berkuasa.
Tegasnya, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
“Jika hari ini kita menyedari bahawa untuk pemimpin ini, kehidupan orang Palestin tiada nilainya, ia sama seperti kehidupan rakyat Iraq, Afghanistan, Vietnam, Jepun, Korea, Afrika, Ireland, Melayu, India, Orang Asli, juga tiada nilai kepada mereka.
“Dahulu, sewaktu meluaskan penguasaan imperialistik, mereka melabelkan pejuang kemerdekaan dengan pejoratif yang saya pasti kita semua sudah biasa dengannya, orang gasar, pemberontak, biadab, tidak bertamadun, kafir, degil serta sudah tentu pengganas.
“Seperti pada masa lalu, semua pelabelan ini hanyalah fasad untuk mengalihkan perhatian seluruh dunia daripada apa yang sebenarnya berlaku, pengembangan imperialisme,” katanya.
Dr Mahathir berkata, semua pihak harus bertegas menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan tidak berselindung dengan perkataan dalam mengatakan, Israel adalah kuasa penjajah yang membuat pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, bangsa yang dijajah.
“Israel sedang bersubahat untuk melaksanakan kemusnahan oleh kuasa Barat, yang tangan mereka berlumuran darah, seperti mana tangan Israel yang berlumuran dengan darah kanak-kanak dan bayi Palestin,” katanya.
Firdaus Azil
Fri Nov 17 2023
Dr Mahathir berkata, pada usia 98 tahun, beliau telah menyaksikan fasa perubahan dunia, termasuk kekejaman dan kemusnahan akibat tindakan penjajah, kesombongan mereka, serta sikap hipokrit negara berkuasa. - Gambar fail/Reuters/Ibraheem Abu Mustafa
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.
Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'
PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.
Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu
Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.