awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
Korban nahas tren laju di selatan Sepanyol meningkat kepada 39
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin ASEAN perlu tubuh badan serantau perangi rasuah - TI

Bernama
Bernama
25/04/2015
01:17 MYT
Pemimpin ASEAN perlu tubuh badan serantau perangi rasuah - TI
TI: Pemimpin ASEAN perlu tubuh badan serantau perangi rasuah.
Pemimpin ASEAN perlu menubuhkan badan serantau yang mengintegrasikan prinsip-prinsip pencegahan rasuah untuk dimasukkan dalam rangka tindakan komuniti ekonomi serantau yang dicadangkan, kata Transparency International (TI).
"Menerusi komuniti ini, ASEAN boleh mewujudkan dasar, perundangan dan strategi pencegahan rasuah yang efektif dan mencapai sebagai sebuah institusi pencegahan rasuah yang mantap dan berkesan," menurut pertubuhan dunia khusus untuk membasmi rasuah itu dalam kenyataan hari ini.
Komuniti itu juga boleh meningkatkan kerjasama kolektif untuk memerangi rasuah dengan turut membabitkan masyarakat dan sektor perniagaan di rantau itu, menurutnya.
Menurut badan itu, satu badan penyelarasan serantau atau Komuniti Integriti ASEAN yang dicadangkan oleh Transparency International diperlukan untuk membolehkan dasar dan langkah kritikal pencegahan rasuah dimasukkan dalam rangka tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan wawasan ASEAN pasca 2020.
"Beberapa negara terkaya dan pesat berkembang maju terletak di Asia Tenggara. Memerangi rasuah menjadi tugas penting untuk merapatkan jurang dari segi ketidaksamarataan pendapatan dan pertumbuhan mampan," kata Pengerusi TI Indonesia Natalia Soebagjo dalam kenyataan.
"Kerjasama serantau ditambah dengan pembabitan masyarakat sivil dan komuniti perniagaan dalam pembangunan Komuniti Integriti ASEAN merupakan elemen penting untuk memastikan komuniti ekonomi mempunyai impak positif terhadap kehidupan seharian penduduk Asia Tenggara," kata Soebagjo.
Menurut kenyataan itu, rasuah terus membelenggu kebanyakan negara ASEAN, seperti dapat dilihat dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014, iaitu sembilan negara pada purata 38 daripada 100 (iaitu 100 sebagai amat bersih dan 0 sebagai rasuah amat tinggi).
"Kerajaan negara ASEAN perlu menerajui dalam mengisytiharkan dan mendefinisikan wawasan Komuniti Integriti ASEAN masing-masing," kata Pengarah Transparency International bagi Rantau Asia Pasifik, Srirak Plipat, dan menurutnya masyarakat sivil perlu bersedia untuk menyokong dalam merealisasikan wawasan bersama bagi Komuniti Integriti ASEAN.
Menurutnya, kerajaan Malaysia dan Myanmar telah menyatakan sokongan terhadap pewujudan Komuniti Integriti ASEAN.
Transparency International ialah pertubuhan sivil global yang menerajui gerakan memerangi rasuah yang berpangkalan di Jerman.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Natalia Soebagjo
#Rasuah
#TI
#Transparency International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan