KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata mereka tidak seharusnya berhenti selepas melontarkan kata-kata berbaur kebimbangan dan kecaman terhadap serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Baitulmaqdis, Al Aqsa dan Gaza oleh Israel.
"Setiap hari bahkan setiap minit kelewatan anda bertindak bermakna akan terdapat kehilangan nyawa di Gaza serta Tebing Barat dan yang paling teruk ialah martabat Al Aqsa yang suci akan musnah habis," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata selama lebih 70 tahun penduduk Palestin terpaksa berdepan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan dinafikan hak paling asas untuk meneruskan kehidupan.
Katanya penduduk Palestin telah dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka beragama Islam.
Mohd Azmi berkata tunjuk perasaan dan kebencian mendalam beberapa cendekiawan bukan Islam serta aktivis hak asasi manusia yang kini menzahirkan keberangan mereka dengan bertindak turun ke jalanan bagi membantah serangan pengecut Israel serta pembunuhan orang awam di Gaza telah memalukan pemimpin negara-negara Islam kerana gagal bertindak.
Katanya semoga hari pertama pada Syawal ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan dan menghidupkan semula semangat Ramadan-Badar umat Islam di seluruh dunia dalam mendepani musuh jahat ummah.
Ketika dihubungi, beliau turut melahirkan rasa kecewa atas sikap Amerika Syarikat yang menganggap serangan Israel terhadap Gaza sebagai 'hak Israel untuk mempertahankan diri.'
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
Seorang lelaki Palestin berjalan di kawasan bangunan kedai yang musnah susulan serangan udara Israel di Gaza, 13 Mei, 2021. REUTERS
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan
Satu perhimpunan gergasi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Feb depan dengan sasaran kehadiran sejuta peserta.
10 terbunuh dalam serangan Boko Haram
Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik.
Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.