awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Pengakap Asia-Pasifik diseru perkukuh perpaduan, laksana strategi baharu tiga tahun

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2025
00:00 MYT
Pemimpin Pengakap Asia-Pasifik diseru perkukuh perpaduan, laksana strategi baharu tiga tahun
Mohd Zin menghargai kepercayaan yang diberikan untuk memimpin APRSC bagi penggal 2025–2028.
SUBANG JAYA: Kepimpinan baharu Jawatankuasa Serantau Pengakap Asia-Pasifik (APRSC) diseru memperkukuh perpaduan, memperjelas peranan serta menegakkan tadbir urus yang baik bagi memacu pembangunan pergerakan pengakap di rantau ini.
Pengerusi APRSC, Mejar Jeneral Profesor Datuk Mohd Zin Bidin berkata, Latihan Induksi Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kecil yang berlangsung pada Rabu bukan sekadar orientasi, sebaliknya menandakan permulaan era baharu kepimpinan serantau.
“Saya menghargai kepercayaan yang diberikan untuk memimpin APRSC bagi penggal 2025–2028.
"Kepimpinan pascapandemik menuntut pendekatan lebih matang dan responsif terhadap perubahan global, sambil kekal menumpukan perhatian kepada keperluan belia.
“Asia-Pasifik adalah rantau pengakap terbesar di dunia, penuh kepelbagaian dan menempatkan hampir separuh populasi belia global,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti dan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mohammed Mukhyuddin Sarwani.
Mohd Zin menegaskan, kepelbagaian rantau ini bukan cabaran, sebaliknya kekuatan besar yang perlu dimanfaatkan melalui strategi jelas dan komitmen teguh.
Beliau turut menggariskan tujuh keutamaan strategik untuk tempoh tiga tahun akan datang iaitu:
* Memperkukuh pertumbuhan melalui capaian lebih luas, penglibatan komuniti dan latihan kepimpinan.
* Memodenkan program belia merangkumi alam sekitar, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), SDG (Matlamat Pembangunan Mampan), kemahiran kemanusiaan dan pembangunan kepimpinan.
* Memperkasakan belia sebagai pembuat keputusan.
* Memantapkan tadbir urus bagi membina keyakinan rakan kongsi dan penyumbang.
* Memperluas agenda keselamatan, kepelbagaian dan inklusiviti.
* Meningkatkan kapasiti organisasi dalam latihan, tadbir urus undang-undang dan kesiapsiagaan bencana.
* Memperkukuh identiti serantau serta pengaruh dalam pergerakan pengakap global.
Dalam usaha menekankan kepentingan kerjasama antara jawatankuasa dan jawatankuasa kecil, Mohd Zin mengingatkan semua pemimpin agar mengelak bekerja secara bersendirian.
“Setiap daripada anda dipilih bukan kerana sekadar bersedia, tetapi kerana anda mempunyai keupayaan dan semangat untuk berkhidmat,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pengakap Asia-Pasifik
#pemimpin pengakap
#tadbir urus
#APRSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan