Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) perlu segera mengadakan pertemuan dan kerap merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada gabungan tersebut yang musnah disebabkan krisis menteri besar Selangor, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Kit Siang berkata, pemimpin PR di semua peringkat perlu merangka strategi untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
"Pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara tidak boleh mengandaikan Pakatan Rakyat tidak tercalar daripada krisis menteri besar di Selangor yang mencalarkan keyakinan rakyat pelbagai agama dan kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun, ahli parlimen Gelang Patah itu menegaskan terdapat perbezaan antara krisis yang dihadapi PR dalam sejarah enam tahun memerintah Selangor dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, parti komponen PR memiliki hak bersuara sama rata dan dapat menyelesaikan perbezaan pandangan berdasarkan prinsip perbincangan dan kesabaran yang tinggi.
"Jika tiga parti – PAS, DAP, PKR – gagal menyelesaikan perbezaan mereka dalam Pakatan Rakyat, ia menandakan tamatnya pakatan PR," katanya lagi.
Kit Siang dalam kenyataannya sekali lagi menafikan bahawa PAS adalah boneka DAP dan DAP juga bukanlah mengikut telunjuk PAS.
Katanya, jentera UMNO dan BN menggunakan media sosial dan mendakwa ketiga-tiga parti gabungan PR mempergunakan antara satu sama lain.
"Mereka menyebarkan mesej seperti pemimpin DAP adalah patung PAS, manakala PAS pula boneka DAP.
"Pemimpin DAP dan PAS bukanlah boneka, PKR juga bukan boneka PAS dan DAP," katanya.
Krisis politik melanda Selangor apabila PKR membuat keputusan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan menteri besar yang disandangnya sejak 2008.
Abdul Khalid bagaimanapun enggan melepaskan jawatan tersebut dan menegaskan beliau akan terus menjalankan tugas hingga tamat penggal ketiga belas, empat tahun lagi.
Pendirian Abdul Khalid pada awalnya mendapat sokongan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pendirian Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan timbul pergeseran antara PAS dan PKR hingga menyebabkan ada yang berpendapat PAS akan keluar dari PR.
PKR kemudiannya mengambil keputusan memecat Abdul Khalid dan membuatkan PAS mengubah sokongannya kerana ADUN Pelabuhan Klang itu bukan lagi sebahagian dari PR.
Sepanjang krisis ini berlaku, rakyat melihat ianya sebagai tanda tiga buah parti yang membentuk persefahaman sukar bekerjasama.
Astro Awani
Tue Aug 19 2014
LIM: Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bincang masalah isu MB Selangor - Gambar Fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.