awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin UMNO perlu banyakkan bekerja, kurangkan bercakap - Annuar Musa

Bernama
Bernama
22/08/2022
14:57 MYT
Pemimpin UMNO perlu banyakkan bekerja, kurangkan bercakap - Annuar Musa
Annuar turut menasihati pemimpin UMNO agar berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri. - Gambar fail
KUALA PERLIS: Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin UMNO agar banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap untuk memberi kemenangan kepada parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Kita (pemimpin UMNO) sedang bekerja kuat untuk pastikan kemenangan (PRU15), dan kurangkan bercakap," kata kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasihat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta agar pemimpin UMNO mengutamakan kemenangan parti pada PRU15, berbanding sibuk memikirkan perebutan kuasa dalam parti.
"Pada saya lebih baik kita (pemimpin UMNO) tumpukan kepada bekerja dengan rapatkan saf agar parti ini digemari oleh rakyat," katanya.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menasihati pemimpin UMNO agar berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemimpin UMNO
#banyakkan bekerja
#kurangkan bercakap
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan