awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat tak puas hati Ziana Zain duet dengan penyanyi baharu menerusi single Waktu?

Gempak
Gempak
30/06/2023
15:33 MYT
Peminat tak puas hati Ziana Zain duet dengan penyanyi baharu menerusi single Waktu?
Menurut Ziana, dia berbuat demikian hanyalah untuk memberi ruang kepada pendatang baharu selain nampak bakat yang ada pada penyanyi itu. - Gambar Gempak
Penyanyi Ziana Zain tampil menjawab kritikan peminat yang tidak senang melihat kolaborasi bersama Hasif Upin menerusi single terbaharunya berjudul Waktu.
Menurut Ziana, dia berbuat demikian hanyalah untuk memberi ruang kepada pendatang baharu selain nampak bakat yang ada pada penyanyi itu.
“Ramai beri kritikan dan juga kecaman di Instagram saya. Mereka pertikaikan kenapa saya berduet dengan Hasif Upin. Yelah, setelah hampir 15 tahun tak ada single baharu, peminat memang ternanti-nanti. Ada juga yang tanya kenapa tak duet dengan penyanyi gred A lain.
“Sebenarnya, saya nak bagi ruang dan peluang untuk bakat baharu macam Hasif Upin, yang juga seorang TikToker. Saya setuju untuk berkolaborasi sebab nampak kualiti vokal dia dan kesungguhan Hasif untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian.
“Semangat dan kerajinan macam Hasif ni yang harus dipuji dan secara peribadi saya suka dengan kesungguhan Hasif,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Ziana berkata, kolaborasi bersama Hasif merupakan tanda sokongannya kepada bakat-bakat baharu yang mempunyai potensi dalam industri muzik.
“Kolaborasi Ini juga merupakan salah satu sokongan saya sebagai artis yang berpengalaman untuk beri ruang serta peluang kepada bakat baru seperti Hasif Upin untuk lebih dikenali ramai,” katanya lagi.
Single Waktu yang diciptakan oleh Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat dilancarkan pada 30 Jun dan boleh dinikmati di semua pelantar digital. - Gempak
Topic Berkaitan
#kolaborasi
#Instagram
#bidang nyanyian
#pendatang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan