Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulan bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketua Pemuda PPBM itu berkata peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman.
"Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.
"Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.
Anggota Parlimen Muar itu berkata matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bertujuan membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah.
Menurutnya lagi golongan peminjam berkenaan merupakan antara golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN.
"Ada peminjam yang telah mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini. Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.
"Jadi kami (PH) berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini," katanya.
Selain penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, PH turut menjanjikan untuk menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Peminjam PTPTN yang berkemampuan bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq. -Foto Sinar Harian
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Yang Di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China selama empat hari bermula semalam.
Tentera Israel bunuh, buang jasad mangsa dari bumbung bangunan
Pihak tentera Israel dilaporkan sedang menyiasat satu video yang menunjukkan anggotanya menolak jasad yang kelihatan seperti mayat dari bumbung sebuah bangunan di Tebing Barat.
Bekas pekerja dirogol, Harrods mohon maaf
Sebuah gedung mewah di London, Harrods pada Jumaat membuat permohonan maaf berhubung dakwaan bekas pemiliknya, Mohamed Al Fayed yang dilaporkan merogol serta melakukan serangan seksual beberapa bekas pekerja wanitanya.
Seorang hakim maut ditembak beberapa kali
Seorang hakim maut ditembak di sebuah Mahkamah Letcher County, Kentucky, Amerika Syarikat oleh seorang sherif pada Khamis waktu tempatan.
Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.
PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
SFZ Forest City tawar kadar cukai sifar peratus untuk "family office"
Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk “family office” atau firma pengurusan individu kaya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pencari madu lebah parah diserang beruang
Seorang lelaki cedera parah akibat diserang beruang ketika mencari madu lebah di kawasan hutan paya Sungai Bari dekat Kampung Bukit Putera, Chalok, Terengganu petang Khamis.
Peminjam PTPTN berkemampuan perlu langsai hutang - Syed Saddiq
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulan bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq.