Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraikan dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah pertama.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.
Beliau berkata sistem itu menjadi rujukan bank atau institusi kewangan untuk membuat penilaian terhadap permohonan yang dibuat oleh peminjam PTPTN yang disenaraikan dalam rekod CCRIS.
"Kita di pihak Bank Negara Malaysia (BNM) akan berbincang dengan PTPTN dan pihak berkaitan tentang perkara itu, cuma saya perlu tekankan CCRIS merupakan sistem yang mana pihak bank perlu melaporkan pinjaman tertunggak peminjam dan bukan satu mekanisme untuk menyenaraihitamkan mereka.
"Kalau ada sebarang pinjaman baharu yang perlu dibuat, ia adalah berdasarkan budi bicara bank itu sendiri sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman atau tidak," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Seminar dan Sesi Klinik Kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bahawa peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam rekod CCRIS akan dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.
Pada Rabu, media melaporkan Zuraidah berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan bulan lepas menerusi perbualan telefon dan keputusan itu dijangka diumumkan secara rasmi selepas pelancaran Skim Perumahan Belia pada pertengahan Oktober depan.
BACA: Mustahil mansuh bayaran semula pinjaman PTPTN - Wan Saiful
Dalam perkembangan lain, Adnan Zaylani berkata PKS yang melalui proses penstrukturan dan penjadualan semula bayaran pinjaman tidak akan disenarai sebagai akaun terjejas bagi memastikan mereka mendapat kemudahan kredit yang diperlukan.
"BNM sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi PKS khususnya dalam persekitaran yang mencabar pada masa kini dan kita telah berbincang dengan Persatuan Bank Malaysia serta PKS dalam tempoh beberapa bulan lepas bagi memberikan fleksibiliti kepada PKS yang menghadapi masalah aliran tunai tidak terjejas," katanya.
Beliau berkata PKS adalah antara enjin pertumbuhan ekonomi utama negara, terdapat satu juta pertubuhan perniagaan menyumbang 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 66 peratus guna tenaga.
Katanya PKS juga merupakan pelanggan yang penting kepada institusi kewangan, merangkumi 87 peratus daripada jumlah akaun pembiayaan perniagaan.
"Sepanjang tahun lepas, lebih 123,000 permohonan pembiayaan PKS telah diluluskan, dengan secara purata, tiga daripada empat permohonan pembiayaan diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM307 bilion," katanya.
BACA: Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
Selain itu, beliau berkata pelbagai inisiatif pembiayaan disediakan BNM dan institusi kewangan bagi manfaat PKS di bawah Tabung BNM antaranya untuk semua sektor ekonomi, pertanian asas dan perusahaan mikro.
Katanya sehingga Januari tahun ini, sebanyak RM31.2 bilion pinjaman telah diluluskan di bawah tabung yang ditubuhkan pada 1980-an melibatkan 80,000 PKS di seluruh negara.
"Peruntukan sebanyak RM3.3 bilion lagi masih tersedia di bawah tabung BNM, dan pembiayaan tanpa cagaran di bawah skim pembiayaan mikro juga antara segmen PKS yang layak memohon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019

Adnan Zaylani bercakap pada sidang akhbar Seminar dan Sesi Klinik Kewangan PKS di Melaka, pada Khamis, 11 Julai, 2019. --fotoBERNAMA

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Begitu reaksi ringkas suami Diana Danielle, Farid Kamil ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.

Adnan Zaylani dilantik Penolong Gabenor mulai 1 Ogos - BNM
Adnan akan bertanggungjawab untuk Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Jabatan Undang-Undang dan Pengurusan Mata Wang serta Operasi.