awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotongan 20 peratus gaji menteri diteruskan - PM Anwar

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
12/12/2023
04:15 MYT
Pemotongan 20 peratus gaji menteri diteruskan - PM Anwar
Anwar menunjukkan senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus sebulan seperti yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia sejurus rombakan Kabinet yang diumumkan beliau dengan lantikan lima menteri baharu hari ini.
“Pemotongan 20 peratus gaji diteruskan, melainkan Perdana Menteri tidak ada potongan, sebab (Perdana Menteri) tidak ada gaji,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini.
Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Beliau berkata langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.
Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan hari ini.
Mereka adalah Gobind Singh Deo (Digital), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kesihatan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Perladangan dan Komoditi), Steven Sim (Sumber Manusia) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Kewangan II).
Topic Berkaitan
#potong gaji
#gaji menteri
#Anwar Ibrahim
#Kabinet Malaysia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan