SIBU: Seorang pempengaruh media sosial berusia 28 tahun mengalami kerugian RM16,799 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian menggunakan aplikasi Facebook.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita itu mendakwa semasa melayari laman Facebook baru-baru ini, beliau terlihat iklan kerja sebagai 'Live Host' yang menjanjikan komisen RM1,000 sekiranya melaksanakan kerja itu, minimum 30 jam seminggu.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya menghubungi seorang pengguna akaun Facebook berhubung tawaran kerja berkenaan, sebelum diminta mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya menerima notifikasi bank yang memaklumkan bahawa ada transaski pemindahan wang dari akaunnya, dan selepas merasakan ditipu, wanita itu kemudiannya terus membuat laporan polis.
Zulkipli seterusnya menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran di media sosial yang menawarkan pulangan lumayan, sebaliknya mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu.
Semakan boleh dibuat melalui balai polis yang berdekatan atau http://semakmule.rmp.gov.my, CCID Infoline di 013-2111222, CCID Response Centre di 03-26101559/03-26101599, atau melalui Facebook di https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Mangsa terpedaya iklan kerja sebagai 'Live Host' yang menjanjikan komisen RM1,000 sekiranya melaksanakan kerja itu. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
AI kini digunakan untuk buang masa scammer talian telefon
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Lelaki berusia 48 tahun itu menerima mesej WhatsApp daripada individu yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan tinggi dalam tempoh satu jam.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.