MALAYSIA
Pemuda didakwa tumbuk, gigit dada anggota polis

Seorang pembantu pemandu lori mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, Ahad lepas. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Seorang pembantu pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, Ahad lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pembantu pemandu lori mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, namun Mahkamah tidak menerima pengakuan kerana tertuduh gagal mengecam gambar kejadian.
- Kes berlaku pada 22 Jun lalu di pos pengawal IPK Pulau Pinang, di mana tertuduh dipercayai bertindak agresif selepas disyaki berada dalam pengaruh alkohol.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa, dan menetapkan 21 Julai untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, ketika berada di pos pengawal, anggota polis terbabit telah menahan dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan dan membuat pemeriksaan terhadap suspek yang berada dalam pengaruh alkohol sebelum membawa mereka masuk ke dalam pos pengawal untuk pemeriksaan lanjut.
Kemudian, tertuduh bertindak agresif dengan menumbuk pipi dan mengigit dada anggota polis itu sehingga cedera bengkak di pipi serta lebam di dada.
Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S.Bommy memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih muda, bujang dan hanya berpendapatan RM1,800 sebulan sebagai pembantu pemandu lori.
Siti Nurul Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau keluarganya sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami