awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda dikompaun RM5,000 rentas daerah sebab 'dating'

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2021
05:14 MYT
Pemuda dikompaun RM5,000 rentas daerah sebab 'dating'
Ahmad Shukri (kanan) berkata sesuatu kepada lelaki yang dikenakan kompaun kerana merentas daerah dari Jitra ke Alor Setar ketika ditahan di Jalan Limbong Kapal pada Ahad. - Foto ihsan PDRM
ALOR SETAR: Seorang pemuda dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah dari Jitra semata-mata untuk keluar bersiar-siar dengan rakan wanitanya di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang di Jalan Limbong Kapal di sini oleh Pasukan Pemantau COVID-19.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki seorang lelaki bersama rakan wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitannya namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.
"Susulan itu, kita mengeluarkan kompaun ke atas lelaki tersebut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).
Ahmad Shukri berkata, rakan wanita kepada lelaki berkenaan dibenarkan pulang dengan amaran.
Tambah beliau, pasukan pemantau OP Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar akan meneruskan pemeriksaan mengejut di semua lokasi di daerah ini.
Artikel asal di Sinar Harian: Pemuda dikompaun RM5,000 rentas daerah sebab 'dating'
Topic Berkaitan
#Jalan Limbong Kapal
#merentas daerah
#rentas daerah
#Ahmad Shukri Mat Akhir
#kompaun
#RM5 000
#dating
#PKP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan