awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda ditahan bantu siasatan lelaki parah dipukul penduduk kampung

Bernama
Bernama
21/04/2015
23:32 MYT
Pemuda ditahan bantu siasatan lelaki parah dipukul penduduk kampung
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pemuda berusia 27 tahun ditahan di kampung itu pada Isnin.
Polis menahan seorang pemuda bagi membantu siasatan insiden seorang lelaki cedera parah dipukul selepas ditangkap penduduk kampung ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Batu Putih dekat sini pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pemuda berusia 27 tahun ditahan di kampung itu pada Isnin dalam usaha polis mengenal pasti penduduk yang terlibat memukul lelaki terbabit sehingga menyebabkan dia putus tiga jari.
Beliau memberitahu pemberita di sini semalam, polis melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu selepas lelaki berusia 44 tahun itu mengalami cedera parah dipukul penduduk kampung selepas dilaporkan cuba memecah masuk sebuah rumah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak bertindak sendiri memukul atau mencedera individu yang mereka tangkap kerana disyaki terlibat dalam jenayah, sebaliknya menyerahkannya kepada polis untuk diambil tindakan mengikut undang-undang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, beberapa penduduk di kampung itu menangkap lelaki berkenaan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah selepas disedari pemilik rumah lalu menjerit meminta pertolongan.
Polis yang ke lokasi kejadian kemudian menghantar lelaki itu untuk mendapatkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#cedera
#dipukul
#Kampung Batu Putih
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan