HULU TERENGGANU: Seorang pemuda ditemukan lemas di Sungai Kampung, Pengkalan Ajal, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hasmerra Hassan berkata mangsa, Muhammad Haikal Naim Muktar, 20, ditemukan kira-kira jam 12 tengah hari dalam keadaan terapung dengan bahagian kakinya tersangkut pada akar pokok di sungai tersebut.
Menurut Hasmerra, mangsa dikatakan keluar ke sungai berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi tadi untuk memukat ikan sebelum ditemukan oleh sepupunya bersama seorang rakan yang turut ke lokasi yang sama.
Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa naik ke darat oleh pihak bomba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hasmerra berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak melakukan sebarang aktiviti di air bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.
Nur Fazlizai Ali
Fri Dec 23 2022
Mayat mangsa dibawa naik ke darat oleh pihak bomba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Pemuda mati lemas selepas mandi bersama rakan di Tasik Biru Kundang
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi bersama rakannya di Tasik Biru Kundang, Sungai Buloh petang tadi.
Pemuda lemas mandi di Sungai Pulai
Seorang pemuda lemas ketika mandi bersama-sama rakan di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Rabu.
Pemuda ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan
Seorang pemuda ditemukan lemas di Sungai Kampung, Pengkalan Ajal, di sini pada Jumaat.
Mayat pemuda lemas semasa mandi-manda di pantai Tanjung Asam ditemui
Mayat pemuda yang lemas ketika bermandi manda bersama rakan rakannya di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar semalam ditemukan pagi Ahad.
Jasad pemuda lemas ketika mengail udang sudah ditemui
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Muhammad Najmi bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas mengail udang di sungai terbabit.