TANAH MERAH: Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sampingan RM150 sehari hasil jualan cengkerik yang dijadikan umpan memacing dan makanan burung.
Ahmad Muzani Zakaria, 27, berkata, serangga itu mendapat permintaan tinggi ketika ini terutama daripada pemancing.
"Dalam tempoh seminggu sebanyak 3,000 cengkerik mampu saya jual dengan harga RM1 bagi 15 ekor serangga ini untuk dijadikan umpan memancing ikan darat.
"Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan penduduk kampung yang memancing di sawah, parit atau sungai-sungai," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di Kampung Padang Siam, di sini, pada Selasa.
Ahmad Muzani berkata, perniagaan cengkerik dilihat berpotensi besar dan dia mendapat bekalan 5,000 cengkerik dalam seminggu dari Perak.
"Serangga ini menjadi umpan bagi memancing ikan puyu, keli dan belut apabila kaki pancing tidak mendapat cacing.
"Perniagaan cengkerik ini dilihat berpontensi besar memandangkan ia mula menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai yang menjadikannya sebagai umpan memancing dan makanan burung selain ulat," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Ahmad Muzani Zakaria berkata, serangga itu mendapat permintaan tinggi ketika ini terutama daripada pemancing. - Gambar Bernama
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pemuda jual cengkerik jana pendapatan sampingan RM150 sehari
Dalam tempoh seminggu, Ahmad Muzani mampu jual 3,000 cengkerik dengan harga RM1 bagi 15 ekor serangga ini untuk dijadikan umpan memancing ikan darat.