TASHKENT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan, yang bertujuan meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent di sini pada pukul 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).
Sebaik tiba Anwar disambut oleh Perdana Menteri Uzbekistan Abdulla Nigmatovich Aripov, Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov, Datuk Bandar Tashkent Shavkat Umrzakov dan Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias.
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata lawatan rasmi ini adalah atas jemputan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.
Uzbekistan adalah perhentian terakhir lawatan Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Anwar sebelum ini membuat lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Semasa lawatannya ke Uzbekistan Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Dari lapangan terbang, perdana menteri akan berlepas ke Istana Presiden Kuksaroy untuk mesyuarat dua hala, antaranya bagi membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan, serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Pada hari Sabtu perdana menteri dijadualkan melawat Kompleks Imam Hazrati, yang menyimpan manuskrip asal Khalifah Usman Quran (Mashaf Uthmani) - yang tertua di dunia.
Dari Tashkent Anwar akan berlepas ke Samarkand, dan beliau dijadualkan menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia Peringkat Tinggi di Kompleks Pelancongan Jalan Sutera Samarkand.
Malaysia dan Uzbekistan menikmati hubungan rapat yang terjalin sejak 1992.
Uzbekistan yang terletak di Asia Tengah pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, ia sebelum mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1991.
Ia dikelilingi oleh lima negara - Kazakhstan di utara, Kyrgyzstan di timur laut, Tajikistan di tenggara, Afghanistan di selatan dan Turkmenisten di barat daya.
Pada 2023 jumlah perdagangan Malaysia-Uzbekistan ialah RM451.1 juta (US$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (US$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (US$414,518).
Lawatan terakhir Perdana Menteri Malaysia ke Uzbekistan dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk lawatan rasmi tiga hari sulungnya ke Uzbekistan bermula hari ini hingga 19 Mei. - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).