awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang

Bernama
Bernama
21/04/2024
14:40 MYT
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kemalangan kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Ahmad Solihin Fazuni, 21, yang menunggang motosikal dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kemalangan kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Ahmad Solihin Fazuni, 21, yang menunggang motosikal dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang melalui jalan berselekoh telah bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Lori terbabit dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dalam perjalanan dari Jengka, Maran ke Gua Musang, Kelantan untuk menghantar tandan sawit.
"Mangsa (Ahmad Solihin) yang bekerja sebagai barista dalam perjalanan dari Kelantan ingin singgah ke rumah tunangnya untuk makan sebelum ke tempat kerja di Setapak, Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ismail berkata kemalangan itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#rumah tunang
#Jerantut
#Polis Daerah Lipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan