awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut ketika pulang makan tengah hari di Dungun

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2016
13:20 MYT
Pemuda maut ketika pulang makan tengah hari di Dungun
Motosikal mangsa dilaporkan memasuki laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh lalu merempuh bahagian hadapan sebuah kenderaan lain.
Hasrat untuk pulang makan tengah hari di rumah tidak kesampaian buat seorang lelaki apabila motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawanya.
Mangsa, Abdullah Hassan, 22, disahkan meninggal dunia selepas terbabas dan merempuh sebuah kenderaan lain di Jalan Ketengah Jaya - Felda Kerteh 2 berhampiran kilang tempat dia bekerja kira-kira jam 3 petang pada Ahad.
Ketika kejadian, Abdullah yang bertugas sebagai operator kilang sawit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Kerteh 6.
Motosikal mangsa dilaporkan memasuki laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh lalu merempuh bahagian hadapan sebuah kenderaan lain, mengakibatkan dia terhumban kira-kira lima meter ke bahu jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Wira berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi megesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Dungun
#kemalangan
#motosikal
#operator kilang sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan